KERUSI PAKATAN HARAPAN KEKAL, ADAKAH ADA HARAPAN UNTUK PRU 14?

Pengakuan Tun Mahathir berkaitan pergolakan dalam pembahagian kerusi Pakatan Harapan (PH) memang berlaku terutama di Selangor dan negeri lain. Kebanyakan akar umbi masih tidak berpuas hati dengan pembahagian kerusi Parlimen dan DUN.

Laporan dibuat oleh ahli PH kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), menunjukkan ramai dikalangan ahli merasa tidak puas hati dengan perhimpunan agung PH yang mana didakwa tidak mengikut perlembagaan parti. JPPM sedang menyiasat lebih 400 aduan yang diterima berkaitan isu perhimpunan agung tahunan (AGM) pertama PPBM pada Disember lalu. Adakah keputusan JPMM nanti akan mempengaruhi PH dalam PRU 14.

Perlantikan Tun M sebagai calon perdana menteri PH juga masih menimbulkan ketidak puasan hati di kalangan ahli parti komponen lain. Rata-rata ahli berkehendakkan Azmin sebagai calon PM. Di sini dapat dilihat Tun M berjaya menggunakan pengaruhnya sebagai bekas PM paling lama (22 tahun) di Malaysia untuk menguasai keseluruhan tindakan pembangkang.

Kemelut dalaman yang berpanjangan juga tidak dapat diselesaikan sekali gus menghalang pembahagian kerusi antara mereka secara adil. Timbul perselisihan dengan AMANAH yang mendakwa Azmin tidak layak sebagai MB Selangor, selain digelar jocker dan tiada persefahaman antara mereka. Walaupun telah ada pemuktamatan berkaitan bilangan kerusi namun masih ada negeri yang belum melaksanakannya iaitu Selangor dan Pulau Pinang.

Ada ura-ura mengatakan yang Tun M akan meletakkan anaknya Mokhzani, seorang jutawan Malaysia sebagai calon di Kedah, semantara Mukhriz  di Selangor. Mungkin dalam perancangannya menjadikan Mukhriz sebagai MB Selangor menggantikan Azmin. Kredibiliti Azmin sebagai MB Selangor dipertikaikan kerana tidak dapat membawa pembangunan yang konsisten di Selangor.

Isu pembahagian kerusi dalam Pakatan Harapan mencerminkan pergolakan dalaman parti berkenaan. Terpulang kepada rakyat untuk menilai adakah PH mampu mentadbir negara sekiranya mereka berkuasa nanti. Wujud ketidak percayaan antara satu sama lain dalam PH mencermikan tiada kesefahaman antara mereka.

Pilihanraya ke 14 bakal menjelma dan mampukah mereka menyelesaikan kemelut ini menjelang hari mengundi. Berjayakan PH meletakkan Tun M sebagai PM yang dikatakan hanya akan menjawat jawatan tersebut selama dua tahun. Sedangkan PH hanya memberi peluang kepada Tun M menjadi PM selama 6 bulan hingga setahun. Kita sebagai rakyat jelata dan mempunyai kuasa penuh memilih dan mementukan siapakah yang layak menarajui pentadbiran Malaysia sekaligus berjaya memartabatkan Malaysia di mata dunia. Rakyat Malaysia juga perlu menolak politik otor yangmainkan oleh pembangkang selama ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana