ISU TANAH IJOK PEMIMPIN PH BERDIAM DIRI

Pemimpin Pakatan Harapan (PH) mengambil sikap berdiam diri berhubung isu tanah di Ijok, Selangor, yang menjadi perbualan hangat membabitkan Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ketua Penerangan MIC Kebangsaan, Punithan Paramsiven berkata, ini kerana sehingga hari ini tiada pemimpin PH memberikan sebarang kenyataan sebaliknya mengambil pendekatan mendiam diri ibarat kuman seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak.

Menurutnya, jika kita lihat isu berkenaan sebenarnya membabitkan soal tadbir urus kerajaan negeri dalam kes berkenaan.

“Semua pihak tahu bahawa bekas Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim telah mengambil tanah tersebut daripada syarikat Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd atas sebab tidak membayar premium tanah, tidak menukar syarat tanah daripada pertanian kepada perumahan serta tidak membayar premium tukar syarat tanah.

“Malah mereka juga tidak mematuhi Kanun Tanah Negara dan mencagarkan tanah terbabit untuk peroleh pinjaman daripada institusi kewangan bagi projek yang tidak dilaksanakan.

“Persoalan dimanakan terletaknya tadbir urus yang baik apabila sesuatu kes yang mempunyai kebarangkalian menang yang tinggi di Mahkamah Persekutuan tidak diteruskan sebaliknya Menteri Besar melalui kerajaan negeri memfailkan penyelesaian untuk membatalkan kes ini,” katanya.

Punithan berkata, tanah itu diserah semula kepada kedua-dua syarikat terbabit dengan satu perjanjian di mana tanah itu harus dijual kepada syarikat awam.

Tambahnya lagi, kenapa perlu ada perjanjian ini sekiranya mereka tahu bahawa kes berkenaan akan memihak kepada kerajaan negeri.

“Ini membuktikan kelemahan serius dalam pentadbiran Mohamed Azmin, malah ia berterusan menghimpit rakyat Selangor terutama mereka yang terbabit isu pengambilan tanah itu,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana