Ibu bapa Nur Sajat bersumpah anaknya khunsa - pegawai Jakim

PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akhirnya tampil membuat pendedahan mengenai isu identiti usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman.

Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof berkata, ia dibuat susulan kenyataan Sajat mengenai identiti sebenarnya.

Mohd Izwan yang juga pakar dalam menangani lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) Jakim mengakui dimaklumkan bahawa identiti usahawan itu sebagai khunsa, iaitu seseorang yang mempunyai dua alat kelamin.

“Ye betul, ibu bapa Sajat telah bersumpah bahawa Sajat adalah khunsa,” kata Mohd Izwan kepada mStar Online pada Khamis.

Sajat sebelum ini memberitahu beliau sudah memaklumkan mengenai identiti sebenar dirinya kepada Jakim, dalam pertemuan pertama beliau dan kedua ibu bapanya dengan Mohd Izwan di Wisma Nur Sajat di Shah Alam, 16 Januari lalu.

Bagaimanapun Mohd Izwan berkata, pengakuan atau sumpah tetap memerlukan pengesahan pihak berautoriti dari sudut perubatan.

Sehubungan itu katanya, Jakim telah menawarkan bantuan agar Sajat mengikuti beberapa prosedur pengesahan jantinanya oleh pakar perubatan yang bertauliah dan diperakui kerajaan.

“Sebenarnya, Jakim telah pun mengatur temujanji di antara pakar perubatan dengan pihak Sajat.

“Namun di saat akhir Sajat tidak hadir atau membatalkan temujanji pemeriksaan pakar perubatan kerana didesak oleh pihak ketiga di pihak Sajat sendiri,” jelasnya.

Portal Mstar melaporkan pada Rabu, Mohd Izwan sebagai mendakwa telah ‘dihalang’ oleh orang ketiga di pihak Sajat untuk meneruskan prosedur bagi mengesahkan identiti sebenar usahawan kosmetik itu.

Bagaimanapun, Mohd Izwan berkata, pihaknya tetap komited meneruskan proses untuk mendapatkan pengesahan identiti sebenar usahawan itu bagi menjawab persoalan masyarakat.

Ditanya mengenai dakwaan membabitkan pihak ketiga itu, Sajat hanya menjawab ringkas: “No komen.”

Namun Sajat mengakui terdapat persetujuan antara beliau dan Jakim dalam menjalinkan kerjasama.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana