Hubungan Dengan Pas: Azmin Depan Cakap Lain, Belakang Cakap Lain

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali menyatakan bahawa beliau menutup pintu kerjasama dengan PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan alasan PAS telah menyatakan berpecah dengan PH di peringkat kebangsaan.

Dalam temu bual sebuah media baru-baru ini, Azmin berkata semua kerja pra-pilihan raya Selangor dijalankan atas nama PH dan tidak akan ada rundingan kerusi atau pakatan rahsia antara beliau dan PAS.

Katanya beliau sudah banyak bertolak ansur dengan Pas, memberi dan mengambil tempoh agak lama untuk mencari solusinya demi kesejahteraan bersama.

Fakta sebenarnya ialah, Azmin yang terhegeh-hegeh nak ajak PAS berunding supaya tak berlaku pertembungan PAS – PKR di Selangor.

Azmin seolah-olah bercakap dengan nada bagaikan PAS pula yang terhegeh-hegeh nak minta belas ihsan Azmin dan PKR untuk menghadapi PRU 14.

Usaha Azmin untuk bekerjasama dengan Pas sia-sia sahaja apabila Pas tetap dengan pendirian tidak akan mengadakan sebarang bekerjasama politik dengan PKR, khususnya dalam menghadapi PRU14.

Memetik sumber mengatakan, sejak keputusan parti itu berpecah daripada pakatan pembangkang PH, PAS berkata ia akan bertanding 42 daripada 56 kerusi di Selangor, yang mencetuskan pertembungan tiga penjuru dengan PH dan BN.

Keputusannya menimbulkan kemarahan ramai penyokong PH, yang mengatakan langkah itu akan memberi manfaat kepada parti pemerintah.

Akhirnya Azmin gagal kembalikan Pas kepada pembangkang, bersama PH seperti mana kewujudan Pakatan Rakyat (PR) lalu.

Sesungguhnya usaha Azmin itu sesuatu yang bersifat seperti bijak berpolitik. Namun tidak berjaya. Azmin gagal untuk mempengaruhi pemimpin Pas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana