Dr Mahathir dibenarkan keluar IJN selepas lima hari...Lepas Ni Kutuk Dan Hina Orang Plak

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN).

Bekas perdana menteri berusia 92 tahun itu dimasukkan ke IJN pada 9 Februari lalu akibat jangkitan kuman di dada selepas mengalami batuk.

IJN sebelum ini menahan Dr Mahathir di wad am bagi membolehkan beliau menerima rawatan selain dipantau rapi.

Dr Mahathir sebelum itu dijadualkan menjayakan program Walkabout di Bentong, namun terpaksa membatalkannya selepas dimasukkan ke wad.

Bekas perdana menteri itu kini berusia 92 tahun sebelum ini pernah dimasukkan dua kali ke IJN iaitu kali terakhir pada 9 Ogos, 2016 dan pada 16 November 2013

Pada Disember tahun lalu, Dr Mahathir tidak hadir pada sesi ceramah di Ipoh berikutan keadaan kesihatannya tidak mengizinkan dan pada Julai, beliau turut membatalkan kehadirannya pada majlis makan malam kutipan dana di Kluang juga disebabkan masalah kesihatan.

Pada 1989, beliau pernah mengalami masalah jantung dan menjalani pembedahan pintasan jantung di IJN.

Beliau turut menjalani pembedahan pintasan jantung kali kedua pada 2007. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana