Bohong…kalau ada cerita kerajaan nak tarik status bebas cukai Langkawi -PM

Biasalah dalam suasana dekat pilihanraya sekarang macam-macam cerita mengarut disebar.Ini termasuk konon kerajaan pusat nak tarik balik status bebas cukai Pulau Langkawi.
 
Kalau nak tahu cerita sebenar kena dapat dari mulut Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.
 
Berucap merasmikan 'Program I Am Usahawan GO 4.0´di Langkawai petang Sabtu beliau telah menyentuh mengenai kisah itu.
 
Najib beri jaminan status bebas cukai pulau lagenda itu tidak akan diganggu gugat.
 
“Status langkwai bebas cukai akan terus dikekalkan..kalau ada bawa cerita (kerajaan) nak tarik balik itu satu lagi pembohongan.Saya nafikan sekerasnya.,”katanya.
 
Beliau menjelaskan beberapa langkah yang diambil kerajaan berhubung soal bebas cukai baru-baru ini cumalah untuk elak ketirisan.
 
Katanya selain itu tidak ada isu pasal status bebas cukai Langkawi.
 
Perdana Menteri beri juga jaminan kerajaan hendak majukan pulau berkenaan ke tahap yang lebih tinggi.
 
Serentak dengan itu beliau mengumumkan peruntukan berjumlah RM1.315 bilion untuk lima projek baharu kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) di pulau ini.
 
Beliau berkata projek berkenaan melibatkan pembinaan bangunan tambahan Hospital Langkawi bernilai RM500 juta, kuarters baharu petugas kesihatan (RM135 juta), balai bomba dan kuarters baharu di Padang Matsirat (RM30 juta), menaik taraf Jalan Bulatan Lapangan Terbang- Pulapol Langkawi (RM50 juta) dan projek mengatasi masalah bekalan air (RM600 juta).
 
"Hospital Langkawi buat masa ini hanya dapat menampung 110 katil pesakit manakala kadar penggunaan katil hampir mencecah 90 peratus. Oleh itu, projek bangunan tambahan Hospital Langkawi telah diluluskan di bawah Rolling Plan Ketiga RMK-11, " kata beliau.
 
Beliau berkata bangunan tambahan Hospital Langkawi antara lain akan dilengkapi 220 katil, wad unit rawatan rapi dan wad koronari selain menambah bilangan perkhidmatan dan 10 bidang kepakaran yang sedia ada.
 
Najib juga mengingatkan penduduk Langkawi hanya kerajaan yang kukuh saja dapat membawa pembangunan yang lebih besar.
 
Tanpa menyebut nama sesiapa tetapi dipercayai jelas merujuk kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang membangunkan Langkawi ,beliau kata mereka tidak boleh hanya bergantung pada sentimen.
 
Menurutnya orang berkenaan sendiri tidak mungkin dapat membangunkan Langkawi tanpa dokongan dari kerajaan yang kuat semasa memerintah dulu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana