BN terbuka kepada pandangan kaum Cina

Kerajaan menggunakan pendekatan terbuka, berbanding dasar sesetengah negeri yang memilih meminggirkan suara persatuan Cina, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, ia diterjemahkan menerusi siri perbincangan dengan kumpulan dan persatuan seperti Gabungan Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Malaysia serta Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia atau ringkasannya, Hua Zong.

"Kerajaan diterajui Barisan Nasional (BN) menggunakan pendekatan terbuka, berbanding tindakan segelintir negeri yang memilih meminggirkan suara persatuan Cina, sekali gus menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat," katanya menerusi catatan di blog rasminya, NajibRazak.com, hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, komuniti Cina bukan sekadar memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi dan perniagaan, malah turut menabur jasa terhadap perjuangan negara mencapai kemerdekaan.

Katanya, nama tokoh kemerdekaan seperti Tun Tan Cheng Lock dan Tun H S Lee atau Yap Ah Loy yang bergandingan membina serta membangunkan Kuala Lumpur tentu kekal terpahat di ingatan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

"Ketika perjumpaan dengan masyarakat Cina di Kuala Lumpur dan Langkawi pada minggu lalu, saya dapat rasakan peningkatan keyakinan rakyat terhadap masa depan negara.

"Sambutan Tahun Baharu Cina yang diraikan seluruh rakyat mengingatkan kita mengenai keunikan Malaysia dengan pelbagai acuan yang mana, setiap kaum atau bangsa memainkan peranan masing-masing dalam membangunkan negara ini.

"Selain itu, aspek pentadbiran pula menyaksikan kerajaan sentiasa memastikan dasar yang digubal bersifat inklusif dalam memastikan keperluan setiap rakyat tanpa mengira kaum dipenuhi.

"Malah, sejak saya mengambil alih tampuk pentadbiran, cukai pendapatan individu banyak dikurangkan dan ini tentunya banyak memanfaatkan golongan profesional berbangsa Cina," katanya.

Secara keseluruhan, Najib menzahirkan kepercayaan bahawa keperluan komuniti Cina di Malaysia akan terus diberi perhatian oleh kerajaan dan semoga permulaan tahun baharu bakal menjamin kesejahteraan kaum berkenaan Cina, selari kemakmuran negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana