Benarkah Dr Mahathir Mahu Jadi PM Sementara? Cuba Lihat Apa Jadi Dengan Muhyiddin – Kamarul

Bekas Pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Kamarul Azman Habibur Rahman menegaskan, tiada keikhlasan di dalam permuafakatan antara parti-parti politik pembangkang, sebaliknya masing-masing hanya saling mempergunakan sesama sendiri demi kepentingan politik peribadi dan kepartian masing-masing.

Menurut beliau, siapa yang dipergunakan dan siapa yang mempergunakan akan dapat dilihat dengan jelas apabila berlangsung PRU ke 14 tidak lama lagi.

“Kita akan lihat siapa yang berjaya mempergunakan siapa dalam PRU ke 14 akan datang ini. Saya lihat, parti politik pembangkang ini masing-masing sedang bermain satu permainan politik yang cuba untuk mempermainkan di antara satu sama lain.

“Contohnya dalam isu PM sementara contohnya, adakah kita percaya bahawa dengan akal yang rasional, apakah benar beliau sanggup menjadi Perdana Menteri sementara, untuk membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih tempatnya?

“Kalau PKR mahu percaya kepada Dr Mahathir bahawa dia akan memegang jawatan itu hanya dalam tempoh sementara, saya kira mereka perlu tengok apa yang berlaku terhadap Tan Sri Muhyiddin. Beliau hari ini sebenarnya langsung tidak ada kuasa sebagai Presiden PPBM,” ujarnya ketika menjadi panel program diskusi Anda Tanya Kami Jawab bertempat di Restoran Riverside PTWC Rabu lalu.

Ini kerana menurut Kamarul, di awal penubuhan parti PPBM, Tan Sri Muhyiddin berpandangan bahawa Dr Mahathir tidak perlu diberikan jawatan politik di dalam parti tersebut dan juga di dalam Pakatan Harapan.

“Di awal penubuhan parti PPBM, kami berpandangan bahawa Dr Mahathir tidak perlu diberikan jawatan politik seperti jawatan Pengerusi PPBM dan sebagainya. Ini adalah kehendak Tan Sri Muhyiddin sendiri di mana beliau cuba mencadangkan Dr. Mahathir menjadi pengerusi tanpa kuasa-kuasa politik di dalam parti.

“Tetapi kita boleh lihat apa yang berlaku sekarang ini adalah perkara yang sebaliknya.  Apa yang berlaku terhadap Tan Sri Muhyiddin itu merupakan satu contoh dalam isu Perdana Menteri sementara ini, sama ada mereka boleh percaya atau tidak Dr Mahathir benar-benar mahu menjadi PM sementara atau sebaliknya,” tegas beliau-MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana