Batal Sembilan Projek Rumah Selangorku Bukti DAP Khianat

BUKAN lagi rahsia DAP berkuasa di Selangor walaupun jawatan Menteri Besar dipegang oleh Azmin Ali dari parti PKR. Parti chauvanist itu terlalu sinonim dengan anti Melayu dan anti Islam. Segala langkah dan tindakan kerajaan pakatan Selangor sudah tentu tidak akan memberi manfaat kepada orang Melayu dan agama Islam.

Pembatalan sembilan projek Rumah Selangorku dikhaskan untuk rakyat berpendapatan rendah yang majoritinya terdiri dari orang Melayu memguatkan lagi bukti kebencian DAP terhadap bangsa tersebut.

Kerajaan DAP Selangor pada Selasa lalu membatalkan sembilan projek Rumah Selangorku di enam kawasan perbandaran.

Langkah mereka membatalkan sembilan projek Rumah Selangorku yang dikhaskan untuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana dengan menjadikan pemaju sebagai kambing hitam terus dikecam serta dipersoalkan pelbagai pihak.

Beberapa NGO turut tampil mencabar kerajaan Pakatan Selangor supaya mendedahkan senarai nama pemaju terlibat jika benar sebagaimana didakwa. Alasan pembatalan kononnya gagal mendapatkan status Kebenaran Merancang hanya memperlihatkan sikap tidak jujur kerajaan pakatan Selangor memandangkan kerajaan negeri Selangor sendiri terlibat sebelum projek itu diluluskan.

Projek Rumah Selangorku ini projek kerajaan pakatan negeri dan Kebenaran Merancang ini sudah tentu diberi oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) yang terletak di bawah kuasa kerajaan pakatan negeri Selangor sendiri.

Siapakah yang DAP cuba perbodohkan?

Projek yang melibatkan kepentingan rakyat berpendapatan rendah dilihat menjadi mangsa khianat DAP. Projek ini bermasalah sejak dari mula lagi. Ketelusan pemilihan juga dipersoalkan apabila ada nama pemohon hilang daripada senarai.

Impian rakyat berpendapatan rendah memiliki rumah musnah. Malah ada dikalangan mereka juga terpaksa menanggung hutang. Semuanya kerana tindakan khianat DAP.

Keputusan pembatalan ini diambil selepas pemaju gagal mendapatkan Kebenaran Merancang dalam tempoh dua tahun dari tarikh kelulusan yang diberikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Pemaju mendakwa isu yang timbul ini disebabkan kelemahan sistem kerajaan pakatan negeri. Kerajaan pakatan negeri pula memberi alasan pemaju menjadi punca pembatalan sembilan projek tersebut.

Kesimpulannya pakatan tidak layak memerintah Selangor sejak dari mula lagi. Satu projek yang penting menjadi taruhan. Kini yang rugi adalah rakyat Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana