BANK NEGARA TAK TERBAKAR PUN DUIT HILANG JUGA

Telah tular sejak semalam kononnya sistem KWSP akan gagal berfungsi selama 6 bulan gara-gara kebakaran yang berlaku di Bangunan KWSP. Untuk menambah perisa agar menimbulkan perasaan marah pencarum, berita tersebut juga menanyatakan tiada sebarang pengeluaran caruman sepanjang tempoh berkenaan.

KWSP telah mengeluarkan penafian tentang mesej palsu tersebut.

Rakyat Malaysia umumnya mengetahui, bahawa kini mereka mampu berurusan dengan KWSP melalui hujung jari sahaja, kecuali beberapa urusan yang memerlukan perkhidmatan kaunter.  Ini bertitik tolak daripada usaha KWSP sendiri. Pada penghujung tahun 2002, KWSP telah melantik sebuah firma perunding untuk mengkaji dan mencadangkan satu pelan teknologi maklumat dan komunikasi yang strategik. Pelan ini bertujuan menjadikan KWSP sebuah organisasi yang lebih cekap, proaktif dan bertaraf dunia (world class). ICT akan menjadi ciri penting dalam pelan ini bagi membolehkan KWSP mencapai aspirasinya. KWSP mengakui perlunya mempunyai sistem ICT yang berkesan dan komprehensif bagi memenuhi kehendak pelanggannya dan memberikan perkhidmatan yang cemerlang.

Mudah kata, segalanya kini boleh dilakukan secara on-line, dan tidak terbeban dengan lambakan fail (hard copy) seperti zaman mesin taip.

Anehnya, masih ada juga rakyat Malaysia yang percaya bahawa kebakaran tersebut telah menyebabkan simpanan hari tua mereka hangus sekelip mata. Tidak kurang pula yang menuduh bahawa wujud sabotaj untuk membakar fail-fail sulit kerana negara akan berhadapan dengan pilihanraya umum tidak lama lagi. Apa kena mengena KWSP dengan pilihanraya umum?

Asal sahaja ada peluang, dengan pantas mereka menggunakannya untuk menyemai kebencian kepada kerajaaan. Sungguh terkedepan pemikiran mereka, atau boleh juga kita klasifikasikan bahawa jiwa mereka sedang sakit.

Untuk makluman mereka yang jiwanya sedang sakit itu, Bank Negara tidak pernah terbakar, tetapi terfikirkah mereka bagaimana wang negara boleh pula hilang pada sekitar tahun 90-an dahulu? Lebih baik mereka fikirkan perkara ini berbanding cubaan menyebar berita palsu tentang KWSP.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana