BADAN DUNIA PUJI EKONOMI MALAYSIA, BUKTI PAKATAN BERBOHONG

Pengiktirafan badan-badan dunia terhadap kedudukan sebenar Malaysia terutamanya dalam bidang ekonomi membuktikan betapa tuduhan pembangkang kononnya negara ini akan bankrap dan muflis hanyalah pembohongan semata-mata.

Menyifatkan kata-kata pembangkang sebagai tidak boleh dipercayai atau ‘tidak boleh pakai’, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, apa yang dizahirkan pembangkang itu jauh berbeza berbanding laporan badan-badan dunia antaranya Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) serta Forum Ekonomi Dunia (WEF).

“Kalau kita ini negara yang bankrap, tentu sekali Bank Dunia, IMF dan WEF tak puji malah kutuk kita habis-habisan. Tetapi, tiada pun laporan mereka yang mengatakan ekonomi kita ini terjerumus ke arah muflis atau bankrap.

“Bukan saja badan-badan dunia tidak bersetuju dengan dakwaan mereka itu, malah pertumbuhan ekonomi negara mencatat pertumbuhan 5.9 peratus manakala ringgit pula kian mengukuh. Itu membuktikan tuduhan-tuduhan pembangkang ini tak boleh dipakai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Teh Tarik Santai dan Mesra Rakyat bersama kira-kira 1,000 masyarakat India di Dewan MIC Kisap, di Langkawi semalam.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Mohd. Hanipah, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim serta Ahli Parlimen, Datuk Ir. Nawawi Ahmad.

Sementara itu katanya, beliau akan melancarkan satu peruntukan khas Amanah Saham Malaysia untuk kaum India yang berada dalam kategori B40 berjumlah RM500 juta pada akhir bulan ini.

Jelasnya, pelancaran amanah saham itu bagi memastikan kaum India di negara ini mendapat pembelaan sewajarnya selain menjadi hadiah kepada mereka kerana sentiasa menjadi penyokong setia Barisan Nasional (BN).

“Saya akan lancarkan peruntukan khas itu pada akhir bulan ini bersama Presiden MIC, Datuk Seri S. Subramaniam. Sejumlah RM500 juta kita sediakan untuk orang miskin kaum India dalam kategori B40 dan hadkan kepada 5,000 unit setiap individu,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana