ARMADA PPBM MALU, TIADA PENJELASAN MENGENAI KEKAYAAN LUAR BIASA KELUARGA MAHATHIR

PEMUDA atau Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang kini merasa malu mendesak penjelasan segera daripada pengerusi parti itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung kekayaan luar biasa yang kini diperkatakan oleh rakyat.

“Kami amat malu ketika ini bila mana ada ahli-ahli parti lain seolah-olah memperlekeh keluarga Tun Mahathir yang dikatakan mengumpul harta yang banyak selama 22 tahun, ” demikian kata Ketua Armada PPBM cawangan Bedong, Parlimen Jerai.

Muhd.Nurudin Naina Mohammed berkata, mereka kecewa apabila tidak diberikan penjelasan yang tepat mengenai beberapa isu dalaman parti walaupun telah menulis surat bagi mendapakan maklumat sebenar daripada pucuk pimpinan PPBM negeri.

Namun jawapan yang diberikan seperti ‘lepas tangan’ atau tidak tahu untuk menjawab kedudukan yang sebenar, katanya kepada sidang akhbar di Harvard Golf & Country Club di Gurun, Kedah semalam.

“Kami ingin meluahkan rasa kurang senang atas beberapa isu yang terpendam selepas persidangan tahunan parti akhir tahun lalu, ” katanya lagi.

Jika dakwaan terhadap Dr. Mahathir dan Tan Sri Mukhyiddin Yassin (Presiden PPBM) tidak benar, Mohd Nurin mencadangkan mereka menfailkan sahaja saman di mahkamah terhadap pihak yang membuat pelbagai tuduhan itu.

Ini penting bagi menjaga imej pemimpin dan PPBM di mana akhirnya rakyat akan mengetahui kedudukan yang sebenar, katanya lagi.

Kumpulan 11 ahli Pemuda itu bagaimanapun tidak mahu mereka dipecat daripada PPBM kerana mengambil keputusan menyuarakan desakan kepada pucuk pimpinan pada sidang media itu. – Kedahnews.com

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana