ANGGOTA PPBM KRITIK PEMIMPIN PARTI DIANGGAP ANASIR JAHAT

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu menerima
hakikat bahawa anggota partinya sendiri berani mengkritik beliau termasuk memintanya mengundur diri.

Dr. Mahathir mungkin sukar untuk menerima kritikan itu kerana merasakan diri beliau tidak boleh dikritik oleh ahli dan pemimpin bawahan semasa beliau menjadi perdana menteri dan presiden UMNO.

Jika anggota parti tidak boleh buka mulut di mana pula letaknya hak bersuara atau demokrasi dalam PPBM.

Sebelum ini Dr. Mahathir sering menuduh pimpinan Datuk Seri Najib Razak tidak boleh dikritik dan menyifatkan UMNO kini berbeza dengan UMNO yang dipimpinnya dahulu.

Dalam pada itu PPBM kini menyifatkan anggota yang mengkritik parti dan pucuk pimpinan tanpa menggunakan saluran yang betul sebagai anasir subversif yang mahu melemahkan parti.

Ketua Penerangan PPBM, Datuk Kamaruddin Mohd Nor mendakwa ada ‘tangan-tangan ghaib’ yang merangka tindakan oleh beberapa anggota dan bekas anggota PPBM untuk terus mengkritik parti itu.

Beliau berkata kritikan oleh beberapa anggota parti itu baru-baru ini sepatutnya disuarakan mengikut saluran dalam parti.

“Kalau betul-betul kita ahli parti, apa-apa pun rasa tidak puas hati, rasa protes kepada sesuatu keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan, hendaklah kita salurkan kepada parti” mengikut saluran yang ada di dalamnya.

“Jika semua saluran yang ada telah digunakan baharulah pergi kepada akhbar, tetapi ini tidak berlaku (kritikan-kritikan tersebut) terus dibuat melalui akhbar,” katanya dalam sidang media semalam.

Sidang media itu diadakan bagi mengulas mengenai beberapa kritikan oleh anggota dan bekas anggota PPBM kebelakangan ini terhadap parti itu dan pucuk pimpinannya yang dibuat menerusi media.

Beliau seterusnya memberi amaran kepada anggota PPBM bahawa tindakan boleh dikenakan terhadap mereka jika didapati bersalah melakukan perkara yang boleh menjejaskan parti.

Tanpa mendedahkan secara terperinci, Kamaruddin berkata minggu lalu tiga anggota parti itu telah dipecat atas kesalahan mencela dan menyelar parti dan pucuk pimpinan.

Terbaharu, kritikan dilakukan oleh sayap kepimpinan PPBM Kota Bharu, yang dilaporkan hilang kepercayaan terhadap parti itu dan pakatan pembangkang terutama dalam isu pengagihan kerusi menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.

Dalam perkembangan sama, beberapa bekas anggota PPBM semalam mengemukakan permohonan kepada polis untuk mengadakan perhimpunan aman di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) Khamis depan.

Bekas exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Muhammad Hafiz Azhar berkata perhimpunan itu dianjurkan agar RoS mengambil tindakan terhadap PPBM kerana didakwa melanggar perlembagaannya.

Menurutnya, mereka telah membuat permohonan untuk mendapat permit perhimpunan aman itu di Ibu Pejabat Polis (IPD) Putrajaya di sini semalam dan sedang menunggu maklum balas polis.

Bercakap kepada media di hadapan IPD Putrajayasetelah mendapatkan surat salinan permohonan tersebut, Muhammad Hafiz berkata perhimpunan tersebut tetap akan diteruskan sekalipun tidak mendapat keizinan pihak berkuasa.

Katanya beliau menjangkakan lebih 500 anggota PPBM terutamanya mereka yang telah menghantar aduan-aduan rasmi kepada ROS sebelum ini akan menyertai perhimpunan tersebut. – Kedahnews.com.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana