ANAK BERANAK SAMA JE NAK CARI KERUSI SELAMAT

Kalau Mukhriz Mahathir kembali bertanding di Ayer Hitam, adakah dirinya masih diterima pengundi di sana? Majoriti penduduk di sana dikatakan marah dengan bekas ADUN mereka yang lupa daratan dan tidak mahu mengambil peduli rakyat di sana.

KEDAH adalah negeri yang boleh dibanggakan Mahathir, tapi bukan untuk anaknya. Mukhriz merupakan Menteri Besar Kedah yang paling malang kerana terlalu mengikut telunjuk politik sempit bapanya. Menurut pendedahan bekas Sri Kandi PPBM, Anina Saadudin Jauh dilubuk sanubari Mukhriz sebenarnya dia masih sayangkan Umno.

Akan tetapi, Mukhriz tidak akan diterima lagi untuk menyertai Umno kerana dia sebenarnya bukan orang yang setia dan tiada pendirian hidup. Mahu orang lain yang mengaturkan jalan hidupnya untuk mencapai sesuatu adalah mustahil untuk dia mencapai kejayaan dalam politik. Dalam bidang perniagaan mungkin boleh kerana Mukhriz boleh melantik berapa ramai cerdik pandai untuk menjaga syarikatnya.

Mukhriz juga dikatakan sedang mencari tempat selamat untuk dia bertanding pada pilihanraya akan datang. Begitu juga dengan Mahthir, dia dikatakan akan bertanding di Langkawi, Kubang Pasu dan Putrajaya. Khabar angin mengatakan Mukhriz akan bertanding di salah sebuah DUN di Selangor sekaligus bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar Selangor selepas Azmin Ali.

Walau bapa Mukhriz menafikan khabar angin tersebut, namun hakikatnya Pakatan Harapan memang berhasrat untuk menjatuhkan Azmin Ali dan menggantikan dirinya dengan orang baru agar segala perancangan jahat PH untuk mengaut keuntungan hasil kekayaan Selangor dapat direalisasikan.

Tapi, rakyat musykil dengan daya tahan Mukhriz untuk menangkis serangan netizen dan ahli politik dari kalangan BN, DAP, PAN dan PAS. Ini kerana, rakyat melihat Azmin Ali dalam pentadbirannya cukup lemah dan terpaksa tunduk dengan desakan DAP dan sekutu DAP bagi mengubah dasar-dasar Kerajaan Selangor yang tidak munasabah apatahlagi yang melibatkan ekonomi dan hak-hak orang Melayu.

Jangan mimpilah Mukhriz, sebenarnya karier pilitik kamu sudah lama terpadam selepas pemecatan kamu sebagai MB Kedah dan disingkirkan dari Umno.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana