AKTIVIS BERSIH KHALID ISMATH BERTAUBAT & BERPESAN, JANGAN PERCAYA LAGI PAKATAN, MEREKA PEMBOHONG BESAR

Bekas aktivis BERSIH, Khalid Mohd Ismath mengakui dakwaan pilihan raya tidak adil dan bersih hanya sekadar propanganda untuk mempengaruhi masyarakat umum bersimpati terhadap pembangkang.

Khalid yang juga bekas jawatankuasa BERSIH mewakili solidariti mahasiswa berkata beliau sendiri pernah terpengaruh dengan propaganda undi warga asing dan isu blackout, walaupun ia tidak bersandarkan bukti.

“Saya pun dahulu termakan propaganda Pakatan. Namun selepas PRU, BERSIH sendiri lakukan tribunal dan mengesahkan tiada warga asing mengundi dalam PRU 13 yang lalu. Malah kejadian balckout itu juga tidak dapat disahkan.

“Jadi waktu itu saya rasa bingung. Saya juga merupakan antara jawatankuasa yang bertugas semasa himpunan BERSIH mewakili entiti solidariti mahasiswa. Saya tak pasti sama ada apa yang saya ikut waktu itu adalah benar dan tepat.

“Lama juga saya muhasabah sebelum saya bermufarraqah,”katanya dalam Facebook.
Khalid yang juga Ketua Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM) berkata BERSIH didalangi oleh Pakatan Harapan (dahulunya Pakatan Rakyat), walau bagaimanapun kini sudah semakin ramai yang sedar dengan propaganda palsu tersebut.

“Bersyukur juga saya semakin ramai yang sedar propaganda Pakatan ini. Cuma…saya juga masih tak boleh ubah pemikiran kawan-kawan yang memilih lesser evil.

“Bagi saya kalau dah jahat, tiada apa yang perlu diikut lagi. Yang ada hanyalah perlu dilawan,”katanya lagi

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana