AKAR UMBI TERUS BANTAH PPBM

Tindakan kepe­mimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang didakwa mementingkan kroni dan anak-beranak untuk mengisi jawatan di dalam parti terus mendapat kecaman daripada akar umbi.

Bekas Ketua Pemuda PPBM Bahagian Klang, Mohd. Kairol Faizal Mohd. Nordin berkata, pihaknya tampil untuk menggesa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengambil tindakan terhadap parti itu dan kepemimpinan ter­tingginya yang didakwa telah me­langgar Perlembagaan parti.

Katanya, mereka turut meng­alu-alukan tindakan penggantungan atau pembatalan PPBM meskipun itu akan menyebabkan mereka kehilangan parti.

Menurut Mohd. Kairol, perbuatan melanggar Perlembagaan parti demi kepentingan politik peribadi adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dalam mana-mana pertubuhan yang mengamalkan demokrasi dan kebebasan bersuara.

Katanya, perbuatan itu juga jelas sebagai isyarat bahawa suara ahli bukan lagi satu keutamaan.

“Suara dan kebajikan kami sebagai ahli akar umbi tidak dide­ngari malah cuba ‘dimatikan’ pula oleh kepemimpinan PPBM. Jadi ahli atau tidak kini tidak ada bezanya bagi kami.

“Kami hanya dijadikan alat untuk mencari ahli tetapi jawatan dalam parti diberikan kepada kroni dan anak-beranak. Bukti­nya jawatan di Klang kini dipegang oleh orang luar yang mempunyai hubungan dengan kepemimpinan PPBM,” dakwanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana