Zambry jawab dengan senyuman pada penulis ramal BN kalah di Perak...Dengan Adanya PAS Pun Tak Boleh Menang

Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir secara sinis menghadiahkan senyuman kepada seorang penulis gara-gara analisanya berhubung prestasi buruk Barisan Nasional negeri Perak  semasa pilihanraya umum ke 14 kelak.

Menteri Besar yang juga Pengerusi BN negeri itu berkata ``kepada si penulis itu, jawapan saya beginilah…saya hanya ingin sampaikan sebuah senyuman kepada dia…”

Penulis berkenaan dalam tulisannya berpendapat peluang BN Perak untuk menguasai semula kerajaan negeri adalah sukar berbanding prestasi ditunjukkan Pakatan Harapan pada masa ini.

Untuk rekod portal berita pro-pembangkang baru-baru ini menyiarkan satu artikel bertajuk ‘Why Pakatan Harapan Will Win Perak in the coming General Election” oleh Koon Yew Yin.

Dalam tulisannya, Yew Yin berkata BN akan kehilangan Perak kerana ia tidak ditadbir dengan baik oleh Dr Zambry pada ketika ini berbanding semasa Datuk Seri Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak pada 2008 sehingga Februari 2009.

Yew Yin turut menuduh prestasi sosio ekonomi negeri Perak berada pada tahap paling teruk.

Artikel yang dimuatkan dalam Portal Berita pro pembangkang itu baru-baru ini tidak menghairankan kerana ia ditulis oleh penulis pro pembangkan. Dan ramalan begini dilihat satu perang psykologi.

Dr.Zambry yang ditanya media ketika ditemui di Karnival Pembestarian Pendidikan Pangkor di SMK Pangkor baru-baru ini berkata analisis itu nyata dibuat penulis berkenaan selepas “tulisan  dan laporan positif pelbagai pihak mengenai kerajaan negeri.”

Katanya tindakan terdesak pihak pembangkang menyiarkan analisis yang begitu berat sebelah itu ada kaitan dengan dapatan kajian daripada badan bebas yang memberikan ulasan positif untuk BN mengekalkan Kerajaan.

``Atas ulasan yang dibuat beberapa pusat kajian bebas, ia  telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pihak pembangkang.

``Saya tidak pernah membuat apa-apa kenyataan tentang itu (kajian) malah kita tidak pernah membayar kepada mana-mana pihak untuk membuat ulasan yang positif terhadap Perak.

``Dulu bila analisis memihak kepada mereka…mereka suka tapi bila pusat kajian yang sama memberikan petanda positif kepada kerajaan BN dia mula membuat tulisan yang menggambarkan Perak terlalu teruk,” katanya.

Dr Zambry yang juga ADUN Pangkor turut mengingatkan jentera parti supaya tidak leka dan berasa selesa dengan hasil dapatan kajian yang ada setakat ini.

Menurut beliau, kebergantungan kepada dapatan kajian semata-mata akhirnya akan memberikan impak negatif kepada BN.

``Saya tidak menolak atau menerima bulat-bulat kajian-kajian yang dikeluarkan itu, kalau bergantung kepada apa yang orang ceritakan maka kita pun akan berasa selesa…tapi akhirnya sikap sebegitu akan beri impak tidak baik,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana