UMNO KELANTAN NAFI PM ARAH BIAR PAS MENANG

Umno Kelantan mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang arahan daripada presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membiarkan Pas menang di negeri itu pada pilihan raya umum akan datang, tegas Timbalan Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Beliau dipetik berkata, dakwaan yang dibuat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk A Kadir Jasin itu langsung tidak berasas.

“Presiden parti tidak memberi arahan kepada Umno Kelantan berhubung perkara ini. Oleh itu, kita menganggap ianya (dakwaan A Kadir) tidak ada,” katanya dipetik media tempatan.

Menurut Ahmad Jazlan, jika partinya membiarkan Pas terus kekal sebagai kerajaan Kelantan, tidak ada guna Umno membuat pelbagai persiapan bagi menentang mana-mana parti yang akan bertanding di negeri tersebut pada PRU14.

Oleh itu, dakwaan yang dibuat oleh A Kadir adalah taktik bagi mengelirukan rakyat supaya mempercayai dakwaan yang disebarkannya.

“Pakatan Harapan boleh berkata apa sahaja untuk mengelirukan rakyat. Bagi kita, kita akan berhadapan dan tentang habis-habisan Pas di Kelantan.

“Apa yang kita tahu sekarang ini, kita akan cuba mendapat mandat daripada rakyat untuk memerintah Kelantan,” tegasnya.

Terdahulu, A Kadir Jasin mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak membuat perbincangan sulit dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membenarkan Pas terus menguasai Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau turut mendakwa maklumat sulit itu diperolehi daripada seorang kenalan yang rapat dengan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapha Mohamed yang kemudiannya dibantah oleh Mustapa.

“Boleh jadi banyak orang tidak perasan atau tidak begitu peduli kerana Mustapha telah membuat kenyataan yang serupa dalam beberapa PRU sebelum ini tetapi gagal merampas balik negeri itu. Hanya mereka yang mengetahui latar belakang kepada kenyataan Mustapha itu sahaja akan menyedari keberanian secara tiba-tiba beliau itu.

“Jawabnya, ialah pendirian Presiden Umno berkaitan Kelantan. Beliau dikhabarkan telah membuat keputusan ‘menyerahkan’ Kelantan kepada Pas sebagai sebahagian daripada rancangan kerjasama pilihan raya Umno-Pas,” katanya dalam blog rasminya, semalam

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana