"Tun, kami tunggu mu datang" - Pemuda PAS Gombak...Madey Tak Berani Nyer BErtanding Di Gombak..Percaya Lah

SHAH ALAM: Susulan kenyataan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang bersedia memberi laluan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding di Gombak pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), hari ini Pemuda PAS kawasan berkenaan bingkas menyahut dengan menyatakan kesediaan menentang mantan perdana menteri itu.

"Tun, kami tunggu mu datang," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak, Dr Md Noor Husin.

Ujarnya, Pemuda Gombak mengambil cadangan tersebut sebagai cabaran dan bersedia menyahutnya sebagai anak jantan.

"Dewan Pemuda PAS Gombak telah lama bersiap sedia untuk menghadapi saingan tiga penjuru atau lebih di Parlimen Gombak tanpa mengira siapa pun calon bagi pihak Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.

"Dengan "track record" yang ada pada Tun, Pemuda Gombak tidak memandang enteng cabaran tersebut memandangkan lawan kali ini ialah seorang bekas diktator yang mempunyai pengalaman puluhan tahun dalam manipulasi pilihanraya, melacurkan demokrasi dan menzalimi rakyat," katanya lagi.

Azmin yang juga Menteri Besar Selangor menguasai Gombak sejak PRU12 apabila mengalahkan calon BN dengan majoriti 6,867 undi.

Pada 2013 Azmin mengekalkan kerusi itu dengan majoriti 4,734 undi.

Parlimen Gombak mempunyai tiga dewan undangan negeri (DUN) iaitu Batu Caves, Gombak Setia dan Hulu Kelang.

Dua daripada tiga DUN itu dimenangi oleh PAS sejak dua penggal lalu. Namun DUN Hulu Kelang kini bertukar kepada Amanah selepas wakil rakyatnya, Saari Sungi menyertai parti pimpinan Mohamad Sabu tiga tahun lalu.  
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment