Tindakan Mahfuz Melampau, Gesa Ambil Tindakan – Pemuda UMNO Pahang

KUALA LUMPUR 14 Jan – Tindakan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang memperlekeh, menghina serta menjadikan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang ditularkan sedang gering sebagai bahan jenakanya ketika memberi ceramah politik melambangkan kebiadapan dan kecetekkan akal pemimpin pembangkang yang jelas tidak menghormati institusi beraja di negara ini.

Ketua Pemuda UMNO Pahang, Shahar Abdullah berkata perbuatan kurang ajar Mahfuz yang membandingkan Sultan Ahmad Shah dengan pemimpin Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir adalah perbuatan bodoh yang tidak sepatutnya dilakukan oleh ahli politik berumur seperti beliau yang sepatutnya lebih faham akan sistem perundangan dan sistem beraja negara.

“Meskipun kita sedia maklum bahawa pemimpin Pakatan Harapan tidak pernah berhenti bermain politik sehingga sering melibatkan sultan yang merupakan Raja Berpelembagaan di negara ini, tetapi tindakan Mahfuz yang keterlaluan sehingga memalukan dan mempolitikkan keadaan kesihatan Sultan Ahmad Shah yang ditularkan itu sudah melampaui batas seorang ahli politik.

“Mahfuz perlu ingat meskipun beliau adalah seorang Ahli Parlimen, beliau masih tertakluk di bawah undang-undang apabila berceramah dihadapan orang awam,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online, di sini hari ini.
Serentak itu beliau menggesa tindakan undang-undang diambil terhadap Mahfuz mengikut Akta Hasutan 1948 atas kesalahan menerbitkan pernyataan menghasut bagi menghina Sultan.

“Kita juga menggesa Mahfuz membuat permohonan ampun terhadap Sultan Ahmad Shah secara terbuka atas tindakannya yang dangkal dan tidak boleh diterima itu.

“Sesungguhnya pemimpin tidak kira dengan pegangan politik apa sekali pun di negara ini perlu sedar bahawasanya mereka wajib menghormati institusi beraja yang menunjangi kedaulatan, keutuhan, kestabilan dan kesejahteraan negara khususnya dalam menjaga kesucian agama Islam dan memelihara kepentingan orang Melayu di Malaysia,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana