TIDAK ADA “SKANDAL” 1MDB, HANYA MAHATHIR NAK JADI PM BALIK...NIAT TU TAK BETUL

RAKYAT sebenarnya ditipu oleh Mahathir, yang menyangkakan 1MDB adalah sebenar-benar skandal yang boleh menyusahkan rakyat.  Tapi hairan kenapa dari mula isu ini sampai sekarang, tidak ada satu bukti pun menunjukkan ada sesen duit yang hilang, yang ada hanya duit untuk bayar hutang dan ini bukan duit rakyat pulak tapi duit 1MDB sendiri.

Yang ada hanyalah hutang.  Biasalah syarikat berhutang, sebab syarikat juga membuat duit/untung dalam masa yang sama.  1MDB dah selesai banyak hutangnya pun.

Mahathir taknak rakyat nampak 1MDB ini begitu (sebuah syarikat), Dia mahu rakyat melihat 1MDB ini sebagai skandal yang telah melesapkan wang negara sebanyak RM 42 billion.  Sebab itu dari mula angka ini keluar, sampai sekarang, tidak ada satu bukti pun yang boleh ditunjukkan Mahathir untuk menyokong dakwaannya itu.  Begitu juga dia tidak mahu berjumpa sendiri dengan Arul Kanda untuk mendapatkan gambaran sebenar walaupun Arul Kanda ada saja disini, di pejabatnya.

Akhirnya kita tahu, ini semua bukan pasal 1MDB tapi sebab Mahathir nak jadi Perdana Menteri semula sebelum mewariskan jawatan itu kepada zuriatnya.  1MDB ini hanya asbabnya saja, hakikat sebenarnya dia tu nak jadi Perdana Menteri semula.

Datuk Sri Najib Tun Razak adalah seorang negarawan sebenar dan telah banyak membawa kebaikan kepada rakyat sejak jadi Perdana Menteri pada April 2009. Tol paling banyak dihapuskan zaman Najib inilah, begitu juga lebuhraya tanpa tol, pun banyak dibina zaman Najib.  Itu baru tol, belum yang lain lagi.  Jadi Mahathir perlu cari alasan kenapa Najib perlu diturunkan dan itulah yang dipilihnya, 1MDB.

Ini dibuktikan dengan tindakan melantik anaknya sendiri ke jawatan ketiga tertinggi dalam parti bunga dan dia sendiri itu pun dicalonkan sebagai Perdana Menteri (sementara) Pakatan dalam konvensyen hujung tahun lepas – sekalipun ditentang dari segenap penjuru termasuk dari partinya sendiri dan PKR.

Sejak hari itu, macam mahatahari jugak,  dah tak nampak lagi dah Mahathir bercakap pasal 1MDB.  Semuanya tentang bagaimana dia akan menjadi Perdana Menteri semula dan orang lain tidak layak kerana tidak terpilih – yang dia terpilih.

Masa jadi Perdana Menteri tipu rakyat, belum jadi Perdana Menteri (semula) pun tipu rakyat juga.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana