TEROWONG DASAR LAUT : LEBIH 20 INDIVIDU DIPANGGIL, SPRM AKAN TERUSKAN SERBUAN

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneruskan serbuan di Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung projek terowong dasar laut bernilai RM15 bilion, tegas Timbalan Ketua Pesuruhajaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki tanpa mendedahkan berapa banyak lokasi yang akan diserbu.

“Itu saya tak boleh kongsi,” katanya selepas Program Gerakan Revolusi Anti Rasuah Di Klangan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Kajang hari ini, seperti dipetik media tempatan.

Jelas Azam, SPRM juga sudah mengambil keterangan lebih daripada 20 individu bagi melengkapkan siasatan berhubung projek tersebut, manakala siasatan mengenainya masih lagi berjalan.

“Siasatan mengenainya masih berjalan dan seperti sedia maklum dua individu yang ditahan telah dilanjutkan reman selama lima hari lagi.

“Kemungkinan proses siasatan ini akan mengambil masa sedikit lagi,” katanya.

Minggu lalu, SPRM menyerbu beberapa pejabat kerajaan di Komtar dan syarikat berkaitan projek itu, susulan laporan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan pada 17 Julai 2017 dan 5 Januari lalu.

Kelmarin, SPRM berkunjung ke beberapa lokasi di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur untuk mengambil dokumen bagi membantu siasatan dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan berhubung projek itu.

Hari ini, Mahkamah Majistret Putrajaya melanjutkan reman 5 hari ke atas seorang pengarah eksekutif sebuah syarikat dan seorang pengerusi syarikat pembangunan hartanah bagi membantu siasatan projek itu.

Untuk rekod, projek terowong dasar laut sepanjang 7.2km itu menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan 3 jalan utama, dianugerahkan kepada Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd yang dijadualkan bermula 2023.

Projek itu dipercayai sebahagian Pelan Induk Pengangkutan (PIP) kerajaan Pulau Pinang bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana