Surat Terbuka dari anggota RELA kepada Shafie Apdal...Kena Serbu Kat Umah

Assalamualaikum,

Dato' Seri Haji Mohd Shafie Bin Haji Apdal,

Saya terpanggil untuk membuat sedikit coretan setelah menonton video yang memaparkan Datuk Seri Syafie Apdal menghina dan memalukan anggota Rela.

Dalam kenyataan Dato' Seri tersebut ada menyatakan bahawa *orang Lera (Rela) bukan pandai pakai senapang, tidak tahu menembak. Tidak belajar macam mana pakai bom. Yang dia tahu kalau ada kenduri, dia jaga trafik*.

Dato' Seri,
Adakah ini cara Dato' Seri berkempen untuk parti Warisan yang Dato' Seri fikirkan sudah terlalu kuat di Sabah? Saya rasa Dato' Seri silap. Hari ini Dato' Seri telah mengecewakan lebih 3 juta anggota Rela di seluruh Malaysia termasuk di Semporna, Kunak dan Lahad Datu yang Dato' Seri cukup yakin kononnya ramai penyokong Dato' Seri disana. Hari ini Dato' Seri telah melakukan kesilapan yang membuktikan bahawa jika kami mengundi Dato' Seri pada PRU akan datang, kami akan disisihkan oleh Dato' Seri. Hari ini juga telah membuktikan juga Dato' Seri adalah orang yang lupa daratan kerana mereka ini lah yang mengundi Dato' Seri semasa di Semporna dahulu. Jadi, kami sekali-kali tidak akan membenarkan orang seperti Dato' Seri memenangi PRU kali ini walaupun pelbagai isu berlaku, kami tak akan benarkan pemimpin seperti Dato' Seri menguasai Sabah. Kami tak mahu orang yang membeza-bezakan taraf, merendah-rendahkan orang lain dibenarkan menguasai Sabah, kerana kami tidak mahu orang seperti Dato' Seri memecahbelahkan kami kaum-kaum di Sabah dengan sikap Dato' Seri yang diketahui umum hanya melebihkan kaum dan bangsa Dato' Seri sahaja. Itu baru di Sabah, belum lagi kalau Dato' Seri dapat memegang tampuk pimpinan yang lebih tinggi.

Dato' Seri,

Tidak cukup Dato' Seri menghina kami anggota Rela tidak pandai menembak, Dato' Seri juga melabelkan kami sepertinya hanya layak untuk mengawal trafik di kenduri-kendara. Apakah Dato' Seri tidak mengambil tahu isu semasa? Dato' Seri tidak tahu kah Rela kini ditugaskan menjaga premis-premis kerajaan seperti di Kuala Lumpur, Putrajaya, Kota Kinabalu, Labuan dan banyak lagi tempat lain? Atau orang-orang Dato' Seri tidak buat kerja dan tidak menyampaikan maklumat sebegini kepada Dato' Seri? Apakah Dato' Seri tidak tahu bahawa anggota Lera (Rela) yang Dato' Seri hina ini telah diajar mengendalikan senjata dan diajar menembak semasa berkursus? Kalau Dato' Seri tidak tahu, jangan cuba-cuba menghina kami. Selidik dulu sebelum Dato' Seri menghina kerana hinaan meninggalkan bekas kepada hati lebih 3 juta anggota Rela di Seluruh Malaysia.

Selamat tinggal Dato' Seri Mohd Shafie Bin Haji Apdal dan Parti Warisan, sila bungkus bendera Parti Warisan. Hadiahkan kepada orang-orang Dato' Seri sahaja.

Sekian,

*Anggota Rela*
*Setia Berbakti!!!*

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana