Selangor belum tunai janji gaji minima guru KAFA...

Tabur janji memang senang tapi hendak melaksanakannya itu yang susah.

Al kisah... banyak janji manis yang dibuat pakatan pembangkang untuk menarik sokongan orang ramai rapi selepas menang dan berkuasa janji hanya tinggal janji.

Ini selepas pendedahan yang dibuat oleh aktivis pembangkang sendiri yang geram dengan janji yang ditabur dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor yang sehingga kini tidak dilaksanakan lagi.

Khalid Mohd Ismath (gambar) ketika menyarankan nasihat itu berkata, apa yang dilakukan oleh Pakatan Harapan (PH) menerusi manifesto terbaharunya tidak lebih sebagai usaha untuk meraikan sokongan rakyat.

Beliau yang juga ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cawangan Klang menjelaskan, apa yang diingatinya, kerajaan PR Selangor krtika itu berjanji akan menaikkan gaji minimum guru Kelas Fardhu Ain (KAFA) sebanyak RM1,500 sebulan, tetapi setelah lima tahun berlalu, ia tidak dilaksanakan.

“Saya memang dari dulu tak pernah percaya manifesto Pakatan. Yang PRU lepas (PRU 13) punya pun masih tak dapat laksana lagi.

“Gaji minima RM1,500 yang dijanji kepada guru KAFA di Selangor, mana?” soal beliau menerusi status yang dimuat naik dalam akaun Facebooknya Selasa.

Kerana janji itu juga, pada April 2015 sekumpulan guru KAFA diketuai Ekhsan Bukharee Badarul Hisham telah dihalang daripada memasuki Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Shah Alam, untuk menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Susulan itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertindak memecatnya, dengan alasan prestasi pengajaran dan pembelajaran guru itu mendapat markah rendah, bukan berkaitan dengan isu provokasi yang dilakukan Ekhsan Bukharee.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana