Ringgit Cecah Paras 3.96 Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR – Ringgit mencecah paras 3.96 berbanding dolar US pada tengah hari, dengan prospeks cerah untuk mata wang tempatan itu menguji paras 3.95 pada bila-bila masa, disokong oleh penyiaran Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) yang lebih tinggi berbanding jangkaan.
Pada 12 tengah hari, unit tempatan mencatatkan 3.9690/9720 berbanding dolar US, meningkat 160 mata asas berbanding 3.9850/9900 pada penutupan semalam.

Kali terakhir peningkatan ringgit menghampiran paras tersebut ialah pada Mei 2016.

Seorang peniaga berkata sentimen ke atas ringgit meningkat susulan IPP negara mencatatkan lima peratus pada November, menolak naik IPP setahun penuh kepada 4.7 peratus, yang memberi insyarat mengenai kedudukan keluaran dalam negara kasar yang kukuh bagi suku keempat 2017.

Beliau berkata ringgit menerima manfaat apabila minyak mentah Brent ditutup melepasi US$70 setong semalam, angka tertinggi sejak Disember 2014, yang akan meningkatkan hasil negara daripada sumber muinyak dan gas.

Unit tempatan itu juga mengukuh susulan dolar US yang lemah berikutan penyiaran data harga pengeluar US, yang mencatatkan penurunan buat kali pertama dalam tempoh hampir satu setengah tahun pada Disember, yang boleh mendorong Rizab Persekutuan US untuk lebih berhati-hati untuk menaikkan kadar faedah tahun ini.

“Dengan mengambil kira semua faktor, ringgit dijangkakan meningkat 3.95 kepada dolar US dalam jangka sederhana,” katanya. – BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana