REFORMASI YANG DITIPU...MEMANG BETUL KENA TIPU SAJA

PELAKU salah, pencuri, perogol, pembunuh apabila mereka ditangkap, akan diadili dan sekiranya didapati bersalah maka pesalah bakal menjalani hukuman di dalam penjara. Di sana mereka akan mendalami ilmu agama dan akan sedar serta menginsafi diri, akhirnya kembali kepada menjadi orang yang berguna kepada masyarakat sekiranya mereka cepat menyesuaikan diri.

Kebiasaannya mereka ini akan memaafkan sesiapa sahaja yang telah menjatuhkan hukuman dan menyumbat mereka ke dalam penjara. Kerana itulah ‘hadiah’ terbaik kepada mereka untuk perbaiki kesilapan diri dan pulang kembali ke pangkal jalan.

Namun sekiranya pelaku yang disumbat ke dalam penjara kerana dianiaya dan bukannya disebabkan kesilapan diri sendiri, kemungkinan besar mereka tidak akan memaafkan kerana penganiayaan itu telah mengheret keturunan mereka juga turut sama dihina.

Satu sahaja perkara yang masuk akal berkenaan isu Anwar Ibrahim memaafkan Tun Mahathir. Anwar telah insaf dan terima kasih kepada Mahathir kerana memenjarakan beliau atas kesalahan yang telah beliau lakukan.

“Reformasi” adalah laungan untuk membela seorang pemimpin yang telah dianiaya yang juga merupakan pemimpin yang dijunjung dan diagungkan oleh lebih puluhan ribu orang, kira-kira 20 tahun dahulu. Kita dapat lihat ketika perhimpunan di Masjid Negara, di segenap atas jalan raya penyokong-penyokong yang membela Anwar kerana teraniaya oleh diktator ini. Saban hari dan minggu di Dataran Merdeka pastinya akan ada demontrasi haram, ada yang ditangkap dan bermandi water cannon dan ‘menikmati’ rasa gas pemedih mata.

Ini semua perlu dijelaskan kepada pendokong reformasi. Cerita dongeng yang Anwar hebahkan kepada mereka bahawa konspirasi menjatuhkan beliau adalah tidak benar. Segala pertuduhan yang disabitkan kepada Anwar ketika itu adalah benar belaka.

Hanya atas dasar ini sahaja, Anwar akan memaafkan Mahathir karena Mahathir lah yang telah menginsafkan Anwar selayaknya

Kepada pendukung gerakan reformasi, perjuangan anda sudah dirompak oleh Anwar dan keluarganya. Niat suci murni perjuangan pada ketika itu mahu mengejar keadilan dan mendapat pahala kerana mempertahankan orang yang dianiaya telah ditipu oleh mangsa perjuangan mereka.

Perjuangan reformasi sudah terkubur dan sudah tidak ada lagi yang perlu diperjuangkan. Diktator yang difikirkan berdosa terhadap Anwar selama ini, kini bergelar hero kerpada Anwar dan keluarganya.

Anwar telah mendapat keinsafan, anda sebagai pendukung gerakan reformasi masih berdosa kepada rakyat Malaysia dan anggota keselamatan negara.

Negara ketika itu dihina bukan sahaja oleh kamu, malahan masyarakat antarabangsa yang terpengaruh oleh gerakan reformasi turut mengutuk undang-undang negara.

Pembangunan negara terganggu dek gerakan reformasi. Rakyat ketakutan dan tidak yakin serta malu mengakui diri sebagai rakyat Malaysia dek kerana laungan reformasi yang kononnya mangsa tidak diadili sebaiknya.

Berdosanya gerakan reformasi kepada rakyat Malaysia tidak boleh diampunkan selagi mereka tidak kembali kepada memperbetulkan keadaan dan segala apa yang telah pelbagai pihak lontarkan penghinaan kepada negara berdaulat ini.

Ditulis oleh ; Datuk Razlan Rafii

Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan (WP)

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana