RAHSIA POSTER PERDANA MENTERI

PILIHANRAYA UMUM negara kita kali ke-13 tidak lama lagi bakal menjelang tiba. Setiap parti politik menyatakan keyakinan masing-masing. Kali ini bukanlah lagi mother election tetapi inilah grand mother election. Setakat ini terdapat 3 fraksi yang besar di Semenanjung iaitu BN, PH dan GS. Sementara di Sabah beberapa fraksi masih bercelaru.

Jika mengikut pengalaman PRU beberapa tahun yang lepas, kali ini BN berpotensi mencatat kemenangan 2/3 dengan beberapa syarat utama. Pertama, pemilihan calon hendaklah daripada kehendak majoriti rakyat di kawasan tersebut. Kesilapan pada tahun 2008 ialah terdapat calon yang bertanding adalah calon-calon yang jarang berada di kawasan. Akhirnya, calon-calon tersebut tewas dan memberi kesan kepada perolehan 2/3 BN sehingga ke hari ini. Bukan mudah untuk memperbaiki kesilapan.

Bagaimana mahu tahu seseorang calon itu calon kemahuan rakyat? Sebagai contoh, Azeez Rahim tewas semasa bertanding dalam PRU12 dengan majoriti 7,613 undi kepada PAS. Namun begitu, dia tidak kecewa, sebaliknya sepanjang tahun 2008-2013 dia telah turun padang, berkampung, mendekati rakyat dan mengadakan banyak program maka hasilnya dia menang dalam PRU13 dengan majoriti lebih 5,000 undi. Maknanya apa yang diribut dalam social media tidak sama apa yang majoriti rakyat fikirkan di lapangan. Azeez Rahim mungkin tidak disukai dalam social media kerana serangan peribadi, tetapi di kawasannya rakyat tidak terpedaya.

Contoh kedua, semasa PRU12 dan PRU13, beberapa orang bertanding kerana kerapatannya dengan pemimpin nombor satu. Jika bersandarkan faktor itu, calon tersebut tidak sepatutnya kalah. Namun begitu, rakyat tidak berfikiran begitu, sebaliknya rakyat berfikiran mereka yang ada di kawasan, bekerja di kawasan, maka dialah yang dimenangkan. Faktor mempunyai hubungan pejabat yang rapat dengan PM tidak menjadi faktor pemangkin untuk menang.

Faktor Tsunami Cina pada tahun 2008 hanyalah memberi kesan besar kepada pengundi-pengundi Cina. Tetapi fundamental UMNO di kawasan luar bandar, FELDA, RISDA, Tabung Haji, FAMA dan kawasan bandar bermajoriti Melayu masih memberi peluang kepada UMNO. Sebab itulah UMNO masih boleh memerintah pada tahun 2008 dan 2013.

Kali ini senario telah berubah. Tiada lagi tsunami Cina. Ada orang bercakap akan ada tsunami Melayu. Perkara ini nampaknya tiada asas kuat. Parti-parti baharu seperti Parti Pribumi Bersatu adalah parti baharu picisan daripada UMNO. Parti PAN pula picisan daripada PAS.

Tun Dr. Mahathir hari ini bukanlah Tun M ketika tahun 1970an-2002. Tun M sendiri pernah tewas di Kubang Pasu (1968) dan tewas di perhimpunan Agung UMNO Bahagian Kubang Pas (2008).  Maka, jika Tun M bertanding kali ini, beliau berhadapan dengan risiko besar termasuk anak harapannya DS Mukhriz. Jika mereka berdua tewas maka punahlah masa hadapan politik mereka. Tiga hari lalu, Tun M terpaksa balik awal dalam satu program di Kedah kerana kesihatan tidak mengizinkan.

Rakyat kena ingat DAP hanya memperguna Tun M walaupun Tun M sudah terlalu tua dan sering kurang sihat. Mukhriz juga hanya bergantung kepada ayahnya yang semakin tua untuk kekal dalam politik. Malangnya mereka semua tidak kisah Tun M bahawa tidak lagi segagah dahulu.

Ketika dalam UMNO dahulu, cabaran sukar Mukhriz ialah menghadapi DS Hishammuddin dan Khairy Jamaluddin. Kekalahan Mukhriz kepada Khairy dahulu menggambarkan kelemahan Mukhriz tanpa bantuan Tun M. Tetapi kemenangan Mukhriz di DUN Kedah (PRU13) pun dengan bantuan Tun M yang turun padang.

Manakala, dalam Pakatan Harapan, cabaran sukar Mukhriz ialah mengatasi DS Azmin Ali dan DS Anwar Ibrahim.

Mukhriz hanya selamat di dalam parti Pribumi Bersatu sahaja kerana Mukhriz dan Tun M adalah sumber kewangan parti, tiada siapa berani lawan hatta TS Muhyiddin.

GAMBAR DS NAJIB

Kesimpulan, jika hendak menang besar, belajarlah dari sejarah dan janganlah mengulangi kesilapan. Contohnya, jika di DUN Merotai Sabah sejak 1960an hingga sekarang sesiapa sahaja yang bertanding atas tiket BN telah menang dengan mudah.

Walaupun DUN Merotai hampir 90% pengundi bumiputera Islam dan dipinjamkan kepada LDP sejak 2004, namun BN tetap menang sama ada calonnya muslim atau tidak muslim. Ia disebut oleh Almond and Verba dalam Civic Culture sebagai rakyat yang semakin matang dengan mengetahui cara mengurus conflits culture dan bijak memandang ke hadapan dengan political socialization (1963)

Namun begitu, jika pembangkang mempunyai calon yang hebat, kuat dan berkarisma mereka boleh menang sebagaimana dibuktikan pada PRU12 di mana calon LDP/BN hanya majoriti kira-kira 242 undi sahaja. Lima tahun kemudian iaitu dalam PRU13, calon LDP/BN menang dengan majoriti sangat besar melebihi 4,000 undi. Pada masa kempen di DUN Merotai (PRU13:2013), calon LDP/BN menggunakan modus operandi yang bijak iaitu 100% menggunakan gambar DS Najib. Ianya bermakna, dengan hanya gambar DS Najib sahaja calon LDP/BN menang besar walaupun calon-calon lain adalah Melayu/Islam dan kawasan Merotai pula adalah kawasan majoriti Melayu/Islam. Pengundi tidak melihat gambar calon tetapi melihat gambar Perdana Menteri DS Najib.

Di peringkat parlimen Kalabakan, pada PRU13 majoriti kemenangan calon UMNO/BN di Parlimen Kalabakan adalah 14,221 undi dengan PAS mendapat durian runtuh melalui undi protes penyokong-penyokong kerajaan dan UMNO sehingga mereka berjaya mendapat 8,904 undi. Sekiranya PAS meletak calon baharu yang lebih berkaliber, barangkali undi lebih besar akan mereka perolehi. Sentimen yang sama nampaknya masih berlaku dalam PRU14 kali ini. Pengundi muda dan yang berpendidikan mahukan perubahan kepimpinan dan calon baharu yang lebih muda, jika tidak, protes akan berlaku lagi dan mereka akan mengundi calon lain khususnya PAS.

Namun begitu, UMNO/BN masih boleh memenangi Parlimen Kalabakan kerana Kalabakan adalah kubu kuat UMNO/BN, walaupun banyak sub etnik di parlimen tersebut tetapi majoriti masih bersama di dalam UMNO/BN.

Sebenarnya, tidak akan ada satu pun etnik yang akan menang dengan hanya mengharapkan etnik mereka mengundi mereka. Hakikatnya, calon Melayu keturunan Arab tidak akan menang jika mengharapkan undi etnik mereka sahaja, calon etnik Bugis juga tidak akan menang jika hanya bergantung kepada undi etnik mereka sahaja, begitu juga yang lain calon Cina, Jawa, Banjar, Tidung, Suluk dan sebagainya tidak akan menang jika hanya bergantung kepada undi etnik masing-masing sahaja.

Samuel P.H. menyebut konflik dan pertembungan tamadun di dalam etnik dan agama akan melahirkan gabungan berasaskan budaya dan tamadun sesebuah bangsa itu. Namun begitu, teori itu tidak sesuai di Malaysia kerana dalam tempoH 60 tahun kita merdeka, kepelbagaian kaum dan kepelbagaian agama pada asasnya telah mengikat rakyat Malaysia kepada semangat patriotik dan perpaduan yang baik walaupun ada sedikit di sana sini perasaan tidak puas hati.

Negara kita merupakan negara yang kecil daripada segi size dan population, maka kita semua perlu bersatu memastikan sebuah kerajaan yang kuat yakni 2/3 dapat ditubuhkan semasa PRU14 nanti. Jika tidak akan berlaku seperti di Amerika semalam bilamana Karajaan Amerika collapse gara-gara tidak memiliki 2/3 majoriti. Untuk rekod, semasa Presiden Obama, kerajaan Amerika juga pernah collapse. Dan untuk rekod juga, Kerajaan Malaysia tidak pernah collapse walaupun dalam group whatsapp setiap hari ada orang kata Kerajaan sudah bankrupt.

Rujukan:

1. Almond and Verba
2. Samuel P. Huntington
3. Akhbar Sinar.
4. Laman Web SPR.

Selamat Membaca.
Kota Kinabalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana