PULANG TANAH FELDA BUKAN SANDIWARA PRU-14 – SHAHRIR

Pemulangan hak milik tanah oleh Syrnergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) kepada Felda bukan satu sandiwara menjelang pilihan raya, tegas Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Pengerusi Felda itu berkata, langkah yang diambil untuk mendapatkan semula hak milik tanah itu membuktikan keseriusan agensi peneroka itu dalam mendapatkan hak ke atas tanah itu semula dan ia bukan sandiwara.

“Sejak dapati tanah milik Felda dipindah kepada pemaju, kita telah usaha letakkan kaveat bagi melindungi tanah Felda. Kita telah lakukan pelbagai usaha termasuk berbincang dengan lembaga pengarah Felda, kemuka cadangan kepada perdana menteri, berjumpa peguam negara dan membuat laporan polis,” kata beliau pada sidang media selepas serahan memorandum bantahan kepada Kesatuan Eropah membantah cadangan mengenakan sekatan ke atas minyak sawit Malaysia hari ini.

Shahrir menjawab dakwaan Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi) tindakan Syrnergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) mengembalikan tanah itu tanpa sebarang kos ialah sandiwara Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum ke-14.

Semalam, Felda dan SPSB menandatangani satu perjanjian persefahaman untuk mengembalikan hak milik semua 16 lot tanah di Jalan Semarak yang dipindahkan dalam 4 transaksi jual beli pada Disember 2015 dan November 2016 kepada Felda tanpa sebarang kos. – MalaysiaGazette

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana