Program PAS Selangor terpaksa dihentikan atau guna duit sendiri - Iskandar

SHAH ALAM: Exco PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad mengesahkan peruntukan kawasan bagi wakil rakyat parti itu tidak dapat dikeluarkan buat masa ini sebagaimana yang dimaklumkan oleh pejabat daerah.

Beliau berkata, perkara itu menyebabkan program PAS terpaksa dihentikan sementara ataupun wakil rakyat PAS perlu menggunakan sumber kewangan peribadi untuk melaksanakan program yang direncanakan.

Malah Iskandar mengulangi pendiriannya sebelum ini bahawa beliau tetap berpegang dengan kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali bahawa kerajaan negeri tidak menyekat peruntukan berkenaan sebaliknya ia disebabkan masalah teknikal.

"MB kata bukan beku tapi ada masalah teknikal. Saya pegang dengan kata-kata MB itu dan harap perkara dapat diselesaikan secepat mungkin.

"Sekarang program-program ADUN PAS terpaksa diberhentikan atau perlu menggunakan duit peribadi.

"Tuntutan dari pembekal-pembekal untuk program yang telah dijalankan juga tidak dapat dibayar sehingga peruntukan dilepaskan," katanya dalam mesej yang dihantar menerusi aplikasi Whatsapp kepada Antarapos.

Ketika ditanya sama ada masalah itu dihadapi oleh ADUN PAS sahaja, jawab Iskandar: "Saya tak tahu. Saya tak tanya ADUN lain."

Desas-desus sekatan peruntukan kepada semua 13 ADUN PAS Selangor dan lima penyelaras DUN oleh kerajaan negeri sudah mula bertebaran hujung tahun lalu.

Semalam, Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi dilaporkan sebagai berkata, pihaknya akan meminta Azmin mengadakan mesyuarat dengan mereka bagi memperjelaskan mengapa peruntukan disalurkan kepada wakil rakyat PAS disekat.

Sallehen juga tidak menolak kemungkinan pihaknya akan menghadap Sultan Selangor minggu ini jika isu pembekuan peruntukan kawasan kepada wakil rakyat parti itu tidak diselesaikan segera.

Azmin sebelum ini menafikan Kerajaan Selangor menyekat peruntukan kepada wakil rakyat PAS di negeri itu, sebaliknya kelewatan itu disebabkan masalah teknikal.

Mengulas kenyataan Sallehen, jawab Iskandar, ia adalah hak pemimpin itu selaku Pesuruhjaya PAS Selangor. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana