PPBM TAMAK KERUSI UNTUK BERTAHAN SELEPAS PRU-14

Jumlah kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diperoleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) membuktikan parti itu cuba menguasai pakatan pembangkang selain strategi untuk terus bertahan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, sikap tamak PPBM di dalam agihan kerusi sesama parti dalam pakatan pembangkang dijangka akan mengundang masalah kepada pakatan itu untuk mencapai kejayaan di dalam PRU 14.

Ini kerana, katanya sudah keluar bibit tidak puas hati di kalangan rakan dalam pakatan pembangkang mengenai pengagihan kerusi berkenaan.

“Seperti didedahkan oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, PPBM asalnya meminta sebanyak 80 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, walaupun jumlah ini dikurangkan menjadi 52 ia tetap menyebabkan PKR dan PAN terpaksa mengorbankan banyak kerusi kepadanya,” katanya.

Beliau mengulas mengenai pengagihan kerusi membabitkan PPBM yang mana terbaharu parti itu mendapat kerusi DUN paling banyak di Johor dalam kalangan empat parti dalam pakatan pembangkang.

Setiausaha PPBM Johor, Datuk Osman Sapian dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan pengerusi empat parti dalam gabungan pembangkang itu.

Kamarul Zaman berkata, pengagihan kerusi DUN di Johor itu mengundang kemarahan parti Amanah Negara Johor.

Katanya, sikap tamak PPBM itu sangat tidak wajar kerana ia parti paling baru dalam pakatan pembangkang.

“PPBM juga masih belum berjaya mendaftarkan sepenuhnya cawangan dan bahagiannya sekali gus menjadi bukti bahawa ia ketiadaan jentera yang kuat.

“Sikap tamak PPBM di peringkat Parlimen adalah sebahagian strateginya kerana jika PPBM menguasai lebih banyak kerusi berbanding PKR sudah tentulah ia boleh menuntut kerusi Perdana Menteri terus kepadanya, bukan sekadar Perdana Menteri sementara saja,” katanya.

Beliau berkata, sikap tamak PPBM di peringkat DUN juga adalah sebahagian lagi strateginya kerana jika pakatan pembangkang tewas di peringkat Parlimen PPBM akan terus berkubur jika ia tidak mempunyai mana-mana negeri yang boleh ia kuasai sebagai tapak perjuangannya.

Sementara itu, bekas pengasas PPBM, Kamarulazaman Habibur Rahman berkata, PPBM sebenarnya sukar untuk menghadapi PRU-14 walaupun mendapat kerusi yang paling banyak.

Ini kerana, katanya kerusi yang diperoleh parti itu sebenarnya adalah kawasan yang sukar dimenangi.

“Berdasarkan kepada sikap parti dalam pakatan pembangkang, mereka sebenarnya tidak jujur memberi peluang kepada Tun Dr Mahathir.

“Pada dasarkan kita nampak PPBM seakan menguasai pakatan pembangkang tetapi hakikatnya mereka tahu tidak dapat bersandar kepada bekas Perdana Menteri itu saja.

“Dr Mahathir sebenarnya bersandar kepada parti pembangkang yang lain. Saya percaya PPBM akan mendapat undi paling rendah dalam kalangan parti pembangkang kerana mereka tiada jentera serta kebolehpercayaan umum terhadap parti itu masih rendah,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana