PPBM tak perlu ajar PAS, kata Naib Presiden

SHAH ALAM: PAS menyindir PPBM yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai parti yang mahu 'tunjuk pandai' apabila mengajar parti berteras Islam itu bagaimana untuk menjadi pembangkang melawan Umno-Barisan Nasional (BN).

Naib Presidennya Dr Idris Ahmad berkata, PAS sudah berada dalam arena politik pembangkang ini lebih 60 tahun dan lebih mengetahui selok-beloknya berbanding dengan PPBM yang baru setahun jagung berada dalam Pakatan Harapan (PH).

“Kita akan buktikan bahawasanya PAS telah masak dalam pertarungan Pilihan Raya ini. Sebab itu ada orang nak ajar PAS jadi pembangkang lawan Umno. Padahal dia tu sehari dua keluar dari Umno.

“Nak belajar lawan BN kena belajar dari PAS. Betul? Ini baru nak belajar jadi pembangkang dia nak ajar PAS menjadi pembangkang. Itu pasal dia keluar Umno sebab tidak dapat dedak.

“Kita bertarung selama lebih 67 tahun. PAS berada di persada paling tinggi di negara ini. Tidak lain dan bukan kerana dasar dan prinsip,” katanya ketika berucap di pentas utama Himpunan Fastaqim 2.4 peringkat Selangor di Stadium JKR Seksyen 17 hari ini.

Kira-kira 1,000 ahli dan pemimpin PAS termasuk Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abd Samad dan kepimpinan kanan parti itu menghadiri program itu.

Minggu lalu, Dr Mahathir yang juga Pengerusi PPBM meminta PAS untuk mengumumkan siapa calon perdana menteri bagi parti itu.

Malah tidak cukup dengan itu, mantan perdana menteri itu juga mahukan PAS untuk memilih siapa calon perdana menteri yang disokong oleh mereka, sama ada calon daripada PH iaitu dirinya sendiri ataupun Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak.

Namun rata-rata pemimpin PAS mengambil pendekatan enggan melayan 'permintaan' Dr Mahathir itu, malah menegaskan calon PM PAS hanya akan diketahui sekiranya parti itu menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

PRU14 kali ini dijangka memperlihatkan saingan sengit termasuk pertandingan tiga penjuru, terutama dalam kalangan pembangkang.

PAS kini tidak lagi bekerjasama dengan pembangkang dalam PH yang dianggotai PKR, DAP dan Amanah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana