PKR ‘Gila Talak’ terus pujuk PAS bersama PH...PKR Tak Yakin Dengan PPBM tu

PKR umpama ‘gila talak’ apabila berterusan memujuk PAS untuk menyertai Pakatan Harapan (PH) dengan menawarkan jawatan Speaker Dewan Rakyat jika pembangkang berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Pegawai Agama Biro Agama UMNO Selangor, Rosdi Long, berkata tawaran itu membuktikan PH melihat PAS lebih berguna berbanding PPBM.

Katanya, PKR masih mengharapkan kekuatan jentera PAS yang ternyata telah membantu pakatan pembangkang pada pilihan raya yang lalu untuk menghadapi PRU-14.

“Sekiranya boleh dibuat pilihan, PKR lebih suka memilih untuk bersama PAS, berbanding PPBM yang tidak mempunyai aura peringkat akar umbi,

“Ibarat isteri tua yang banyak pengalaman, PAS lebih bermakna buat PKR berbanding PPBM, walaupun isteri muda tetapi adalah janda.

“Terbaru dikatakan wujudnya tawaran jawatan Speaker untuk PAS. Tawaran itu datangnya dari pimpinan PKR, namun dibangkang oleh DAP kerana dikatakan PPBM telah menawarkan jawatan Speaker itu kepada DAP,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dakwa Rosdi, umum mengetahui kuasa besar sebagai Speaker di DUN Selangor yang membolehkan DAP menafikan segala agenda Islam yang dibawa oleh UMNO dan PAS.

“Bagaimana akan berakhirnya, episod ini sama samalah kita tunggu dan lihat. Istiqamahkah PAS atau berkuasanya DAP?,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana