Peruntukan ADUN: Hadi ingatkan Azmin jangan campur aduk isu politik dengan negeri

SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan kerajaan PKR Selangor agar tidak mencampur-adukkan isu berkaitan dengan politik dalam urusan pentadbiran negeri yang telah diamanahkan oleh rakyat.

Hadi berkata demikian selepas ditanya mengenai kenyataan wakil-wakil rakyat PAS negeri ini yang mendakwa peruntukan tahunan yang sepatutnya diterima mereka pada tahun ini akan dibekukan oleh kerajaan Selangor.

Ujarnya, kerajaan negeri mesti membezakan di antara parti-parti politik dengan kerajaan kerana selepas pilihan raya, parti-parti politik yang menang boleh membentuk kerajaan sendiri atau kerajaan campuran.

“Bagaimanapun, jika berlaku sentimen politik dalam memerintah, ia merupakan satu pendekatan yang salah. Selepas pilihan raya, kita mesti menganggap semua rakyat sama ada yang menyokong atau tidak menyokong kita sebagai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

“Itu pendekatan yang sepatutnya kita gunakan, tidak ada diskriminasi dan tak ada pilih-pilih parti," katanya kepada pemberita selepas melancarkan jentera PAS Selangor untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) semasa Himpunan Fastaqim 2.4 di Seksyen 17 semalam.

Sebelum ini Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi berkata pihaknya idak menolak kemungkinan akan menghadap Sultan Selangor sebagai jalan terakhir jika masalah peruntukan kawasan tidak diselesaikan segera.

Namun ujar Sallehen, pihaknya akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terlebih dahulu mengenai agihan peruntukan tersebut membabitkan jumlah RM800,000 setahun.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana