Pengundi cina sedang menilai Tun Mahathir....PH Kena Tolak Lah Kali INi

Itu kata Tan Seng Giaw apabila ditanya oleh wartawan dari Sinar Harian mengenai isu politik semasa hari ini.

Menurut beliau pengundi cina hari ini sedang mengalami dilema apabila Tun Mahathir diangkat bakal menjadi PM sekiranya Pakatan Harapan memenangi dalam PRU akan datang.

Ini kerana masyarakat cina tidak tahu kenapa seorang mantan yang pernah menjadi PM suatu ketika dahulu mahu kembali menerajui negara sedangkan kita semua tahu Tun sendiri pernah nyatakan bahawa minat beliau terhadap politik sudah tamat. Malah mereka juga sedang menilai apa sumbangan, jasa dan tujuan Tun menyertai pembangkang.

Apa pun saya berharap masyarakat dari cina dapat menilai sendiri siapa sebenar Tun Mahathir dan jangan terpedaya dengan seorang yang sudah dilanjut usia ini. Kerana kelak kesannya akan kembali kepada kita semua.

Harapan saya pada masyarakat cina dapat jangan terpengaruh dengan hasutan dari pemimpin pembangkang yang hanya pandai menyebarkan dakyah pembohongan apa yang berlaku di Malaysia ini.

SHAH ALAM - Penyertaan Tun Dr Mahathir Mohamad ke dalam Pakatan Harapan dijangka beri kesan kepada pengundian masyarakat Cina terhadap gabungan itu.

Ahli Parlimen Kepong, Tan Seng Giaw mengakui, masyarakat Cina ketika ini sedang menilai sumbangan, jasa dan tujuan Mahathir menyertai Harapan.

“Jika bercakap soal trend pengundi Cina di Malaysia, biasanya di kawasan bandar di mana-mana negara pun memihak kepada pembangkang, cuma kali ini masalahnya rumit sedikit iaitu keadaan politik telah berubah terutama apabila Mahathir jadi pemimpin pembangkang.

"Mengapa beliau berbuat demikian dan sebagainya. Semua orang sedang menilai apakah akan dibuat pemimpin lama ini,” katanya dalam sesi temu bual di Facebook Live Sinar Harian, semalam.

Ditanya sama ada pengundi Cina akan menyokong Mahathir, beliau berkata, perkara itu sukar diramalkan.

Seng Giaw mengakui DAP berdepan cabaran memenangi kerusi campuran setelah parti itu memutuskan hubungan dengan Pas.

“Pas memang ada sokongan masyarakat Melayu dan Islam. Apabila Pas keluar (Pakatan Rakyat), banyak tempat yang ada pengundi Islam kita belum tahu lagi, sama ada mereka akan tinggalkan DAP atau tidak.

“Tanpa Pas, ada sesetengah kawasan lebih susah dimenangi, contohnya di kerusi campuran, peratusan pengundi Islam tinggi," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana