Pemuda PAS jawab AMK... PKR pengkhianat rakyat Selangor yang sebenar

Sehari dua ini 'acara berbalas pantun' antara kumpulan muda dalam dua parti politik yang menunjangi kerajaan Selangor PAS dan PKR semakin rancak.

Kedua-duanya saling tuduh menuduh siapa 'pengkhianat' kepada mandat rakyat Selangor pada pilihanraya umum 2013 lalu.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Selangor Mohamed Sukri Omar membalas kenyataan Setiausaha AMK Selangor, Syed Badli Shah Syed Osman yang dikeluarkan di sebuah portal tempatan mengatakan “PAS Khianati Kerajaan Selangor”

Menurut Mohamed Sukri, ‘Langkah Kajang’ iaitu mandat rakyat yang dikhianati sebagai satu contoh menunjukan siapa pengkhianat rakyat Selangor sebenarnya.

“Kenyataan AMK Selangor adalah lelucon dan satira politik jelek PKR. AMK Selangor mungkin separa sedar saat membuat kenyataan tersebut akibat “mabuk dengan konflik kem-kem dalam parti mereka”.

“Hentikanlah memperendahkan rakyat Selangor dengan lelucon jelek kalian. Rakyat Selangor bukan bidak-bidak yang boleh digerakkan mengikut selera kelaparan berkuasa yang menafikan kepentingan rakyat,” kata Sukri dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kerajaan yang ada sekarang adalah mandat PRU13 yang lalu.

“Saling kuat menguat melainkan ada adegan “tikam beradab” dalam beberapa sandiwara “Penafian 2018” yang boleh AMK dapatkan jawapan dari pimpinan tertinggi mereka sendiri. Cerita PRU 14, kita buka “langkah tari seni silat” masing-masing di medan sebenar nanti,” tegasnya.

“Cadangan saya eloklah AMK Selangor selesai isu-isu semasa pentadbiran untuk penggal yang terakhir memerintah ini dengan membantu Menteri Besar (Mohamed Azmin Ali).

Kata Sukri,  barangkali AMK juga boleh mengadakan “Himpunan dan Pelancaran Jentera PKR Selangor” yang ditunjangi oleh AMK bagi memastikan jentera benar-benar wujud dalam mempertahankan “kewibawaan Menteri Besar”.

“Dikhuatiri takut terkial-kial mencari petugas saat PRU menjelma apabila “BOS” mula bersuara. Begitu juga AMK boleh bantu selesaikan krisis PM dalam HARAPAN sebelum menuding jari pada PAS. Anak-anak muda yang menyokong Harapan telah mula protes dan didapati sudah mula membawa kempen #boikotPRU akibat calon PM kitar semula Harapan,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Syed Badli menyifatkan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sebagai seorang yang ‘angkuh’ dan tidak menghormati muafakat Pilihan Raya Umuk Ke-13 (PRU-13) kerana menyuarakan hasrat mahu merampas Selangor dalam PRU akan datang.

Katanya, tindakan Abdul Hadi itu sebagai satu pengkhianatan kepada kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Azmin Ali.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana