PEMBAHAGIAN KERUSI : MUSLIHAT DAP UNTUK TAGIH UNDI ORANG MELAYU

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan ada sesuatu yang tidak kena dengan pembahagian kerusi Pakatan Harapan (PH) yang memperlihatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendapat agihan kerusi yang paling banyak dan beranggapan bahawa ada muslihat dalam pembahagian kerusi tersebut.

Kata Annuar, pembahagian kerusi yang menggambarkan PPBM seolah-olah bakal menjadi parti yang paling banyak kerusi dan berpengaruh di dalam PH adalah satu muslihat bagi mengaburi mata rakyat agar menyangkakan bahawa parti PPBM bakal menguasai PH dengan agihan kerusi yang tertinggi antara parti-parti lain.

“Kalau mahu lantik perdana menteri malaysia, PH tak boleh hanya menghitung dengan 165 sahaja. Kerusi Parlimen ada 222 seluruh negara, jadi mereka kena kira 222 kerusi. Tetapi kenapa mereka hanya isythiar 165 kerusi sahaja? Apa muslihatnya

“Bagi saya, apa yang mereka nak gambarkan dalam pembahagian kerusi tu, adalah supaya nampak macam PPBM paling banyak dapat kerusi dan secara tak langsung, PPBM bakal jadi parti paling tinggi kerusinya di dalam PH nanti. Tapi apabila kita kira dan hitung-hitung semula jumlah kerusi yang ada, saya lihat kerusi parlimen Malaysia ini, 1/3 nya ada di Sabah dan Sarawak.

“Dan jika berdasarkan apa yang Dap sebut bahawa mereka akan bertanding di kerusi di Sabah dan Sarawak, di mana Dap mahu bertanding sebanyak 8 kerusi di di Sabah, lebih empat kerusi daripada PRU sebelum ini.

“Di Sarawak pula, Dap mencanangkan mereka akan bertanding sebanyak 11 kerusi di Sarawak. Kalau kita campurkan kerusi yang akan ditandingi oleh Dap iaitu 8 di Sabah, 11 di Sarawak dan 35 di Semenanjung, maka kerusi Dap sudah jadi 54 kerusi yang akan mereka bertanding.

“Tetapi PPBM tidak bertanding di Sabah dan Sarawak. Ini bermakna kerusi PPBM hanya mampu mendapatkan 52 kerusi kalau menang semua, berbanding Dap yang boleh mencapai 54 kerusi jika mereka menang semua.

“Jadi sebenarnya, kalau dihitung keseluruhannya termasuk Sabah dan Sarawak, maka bukanlah PPBM yang jadi parti pemegang kerusi tertinggi, sebaliknya Dap akan tetap menjadi parti yang paling berkuasa di dalam PH,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Sebab itu beliau menegaskan, bahawa pembahagian kerusi yang dilakukan oleh PH itu ada muslihat di sebaliknya di mana salah satunya ialah mereka mahu membina persepsi rakyat bahawa PPBM merupakan parti yang bakal menguasai PH.

“Kalau selama ini kita tahu bahawa Dap yang menguasai PH, maka pembahagian kerusi itu adalah taktik mereka untuk mengaburi mata rakyat. Bila kita kata Dap kuasai PH, mereka akan kata tidak, kerana Dap hanya ada 35 kerusi dan PPBM ada 51 kerusi. Ini alasan yang mereka akan berikan kepada rakyat.

“Sedangkan hakikatnya, Dap bukanlah hanya 35 kerusi sahaja jika di campur dengan Sabah dan Sarawak, mereka boleh mencapai 54 kerusi atau lebih.Dan yang keduanya ialah bukan soal berapa kerusi yang diberi, tetapi berapa kerusi yang boleh dimenangi oleh mereka.

“Mereka berikan pada PPBM 52 kerusi yang jelas-jelas merupakan kawasan kubu-kuat UMNO di mana peratusan mereka untuk menang ada sukar dan terpaksa berhempas pulas untuk menang. Dap pula bertanding di kawasan yang mana boleh dikatakan kesemua kerusi-kerusi itu sudah pun dimenangi oleh mereka.

“Jadi dalam hal pembahagian kerusi ini hanyalah satu taktik bagi PH, khususnya buat Dap untuk membuat helah dan tipu muslihat bagi membina persepsi di kalangan rakyat, terutama orang Melayu bahawa bukanlah Dap menguasai PH tetapi adalah PPBM , sedangkan hakikatnya tidak begitu,” ujarnya.-MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana