PASTIKAN BN MENANG BESAR

KUALA LUMPUR 20 Jan. – Bagi memastikan kemena­ngan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), rangkai­an sahabat Puteri BN atau Azalea 2018 yang baru ditubuhkan hari ini, digesa bekerja dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam satu pasukan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, hal ini kerana Azalea 2018 menjadi satu nafas baharu yang begitu kuat selain menjadi pemangkin sema­ngat yang baharu untuk golongan muda.

Malah katanya yang juga Pengerusi BN, kerja-kerja politik untuk BN bukan satu bebanan atau tekanan kepada sahabat Puteri.

“Kalau kita saling membantu, ia akan timbul keseronokan.

PUTERI BN BERSEDIA… Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan barisan pemimpin Barisan Nasional bergambar bersama ahli-ahli sahabat Puteri BN pada majlis pelancaran Azalea 2018 di Panggung Anniversari, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin (tiga dari kiri).

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/pastikan-bn-menang-besar-1.594131#ixzz54m7m8VvH
© Utusan Melayu (M) Bhd
“Hari ini kita ada satu janji, satu ikrar supaya dalam hati sanubari setiap yang berhimpun, yang mewakili millenials untuk beker­ja dengan bersungguh-sungguh bagi pastikan BN menang besar dalam PRU-14,” katanya sewaktu menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian Azalea 2018 di Panggung Anniversari, Taman Tasik Perdana, di sini hari ini.

Majlis berkenaan turut dihadiri isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Yang hadir sama pada majlis itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Pada majlis yang sama, Perdana Menteri turut mengumumkan 2018 merupakan tahun pemerkasaan wanita.

Tambah Najib, perhimpunan yang diadakan hari ini secara ‘de facto’ membuktikan BN kini sudah mempunyai sayap Puteri tersendiri walaupun tidak termaktub dalam perlembagaan.

Beliau berkata, apabila ada rangkaian seperti itu itu, parti akan bertambah kuat untuk bergerak dan berjuang dalam barisan yang padu selain bekerja secara berpasukan serta tidak be­kerja dalam kelompok-kelompok kecil.

Kedua, katanya, sahabat Puteri BN kena berjuang dengan ikhlas kepada parti dan negara kerana mahukan idealisme dalam perjuangan selain tidak tercemar dengan kepentingan material.

Ketiga, menurut Najib, mereka perlu berjuang dengan penuh keyakinan untuk masa depan dan penuhi harapan rakyat kerana BN sudah mempunyai pengalaman.

“Kita sudah membawa ba­nyak kemajuan dan transformasi. Kerajaan sedia ada tidak memberi mudarat, malah, semuanya adalah usaha kerajaan.

“Pembangkang merupakan perikatan yang belum teruji kemampuannya dan kita tidak pernah menaruh harapan kepada mereka,” ujarnya.

Utusan Online

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana