PAS sah letak calon di Permatang Pauh...Nampak 3 penjuru lah

SHAH ALAM: PAS Pulau Pinang mengesahkan akan meletakkan calon di kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Pesuruhjayanya, Muhammad Fauzi Yusof berkata, keputusan berkenaan dibuat kerana kawasan itu merupakan kubu kuat PAS sebelum dipinjamkan kepada PKR.

Tambah beliau, dalam soal ini, pihaknya berharap hasrat berkenaan tidak akan dipersoalkan memandangkan setiap parti politik mempunyai hak bertanding berpandukan prinsip demokrasi.

“Ketika ini, kita (PAS) tidak mempunyai ikatan dengan PKR, jadi kita bebas untuk bertanding di situ (Permatang Pauh), begitu juga sekiranya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu bertanding, itu hak beliau,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Wan Azizah yang juga Presiden PKR sebelum ini mengesahkan beliau akan mempertahankan kerusi berkenaan yang dimenanginya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) 2015.

Untuk rekod, kerusi berkenaan mula dimenangi PKR pada PRU 1999.

PAS kali terakhir bertanding di Parlimen Permatang Pauh pada tahun 1995 dalam pertandingan tiga penjuru dengan calon Barisan Nasional (BN) dan DAP, namun tewas dengan majoriti 23,515 kepada Anwar yang mewakili BN ketika itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana