Pakatan Pembangkang Rancang Pecat 600 ribu Penjawat Awam....Sokong lah

Terdesak, itu lah perkataan yang amat sesuai diberikan kepada pihak pembangkang yang mana cuba memanipulasikan kenyataan yang mereka keluarkan sendiri berkaitan isu penjawat awam dalam Negara ini.

Dalam menutup semua kepincangan dan kegagalan DAP dalam menguruskan isu berkaitan penjawat awam Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming cuba memutar belitkan kenyatan yang telah dikeluarkan oleh Tony Phua sebelum ini.

Hari ini, pemimpin DAP ini mengatakan bahawa  hasrat Pakatan Harapan  untuk mengurangkan kos kerajaan kerana ia tidak melibatkan pemberhentian kerja penjawat awam tetapi bagaimana pula dengan kenyataan tony Phua yang mana telah  mengistiharkan jika Pakatan memerintah sebanyak 600 ribu penjawat awam akan diberhentikan.

Ketika ini, Malaysia mempunyai 1.6 juta penjawat awam, jumlah yang ramai bagi sebuah negara yang hanya memiliki 32 juta penduduk. Penjawat awam ni dikatakan oleh Tony Phua sebagai “berat mati” yang mana tidak meyumbang kepada  kerajaan malah merugikan.

Katalah jika anda mahu mengurangkan 5% penjawat awam, baki 95% tidak akan bekerjasama dengan anda dan ia bukan langkah realistik. Jadi pengurangan yang dicadangkan itu tetap menjadi agenda Pakatan jika dapat memerintah Negara.

Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming berkata, tawaran dalam rangka manifesto HARAPAN itu sebenarnya lebih kepada menangani pembaziran kerajaan. Apabila disebut pembaziran kerajaan sudah pastinya ada pengurangan kos berlaku.

Ketika ini, pengurangan sektor awam bersaiz besar menjadi isu politik sensitif, ketika parti pemerintah terus cuba mengekalkan jumlah penjawat awam disemua sector dan pembangkang pula telah mencadangkan pengurangannya.

Jika ini berlaku secara tidak langsungnya sebagaiman jumlah yang telah dikeluarkan oleh Tony Phua sebanyak 600 ribu yang akan disarankan berhenti akan menyebabkan penganguran dan memberikan impak kepasa masalah yang lain.

Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua yang disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Cina bahawa kerajaan DAP akan mengurangkan penjawat awam dan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak efisien seperti yang dilakukan kerajaan China bagi mengurangkan bajet kerajaan.

Tony menegaskan bahawa kakitangan awam tidak beri pulangan kepada pendapatan negara dan wajar dikurangkan.Perbelanjaan yang digunakan untuk membayar penjawat awam membebankan negara dan dilaburkan kepada pelaburan hasil bumi seperti didalam industi minyak dan gas.

Harus diingatkan, bahawa Pakatan  yang diketuai oleh DAP mempunyai agenda yang tersendiri  dan tersembunyi dalam setiap cadangan yang diwar warkan untuk melihat bagaimana tindak balas yang diberikan oleh rakyat dalam isu dbangkitkan.

Jika tindak balas dari rakyat tidak memperlihatkan impak yang besar terhadap DAP  kebiasaannya cadangan tersebut akan dijadikan madus operandi untuk memastikan cadangan tersebut menjadi reality atas nama sokongan rakyat.

Dr Ong Kian Ming ketika mengulas laporan media yang memetik penganalisis dari Akedemi Pengajian Melayu Prof Dr Awang Azman Awang Pawi bahawa kononnya penjawat awam takut dengan tawaran pembangkang dalam aspek pengurangan kos kerajaan.

Ya, itu lah yang sebenarnya, sememangnya penjawat awam akan berasa tercabar kedudukan mereka apabila kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pemimpin DAP dan mereka merasakan ini merupakan satu penindasan terhadap mereka.

Kenyataan demi kenyataan serta gelaran yang jelik dikeluarkan oleh pemimpin DAP berkaitan isu penjawat awam sudah pastinya tahap  keyakinan penjawat awam dengan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam usaha mebela nasib mereka  tidak dapat diragukan lagi.

Seharusnya  penjawat awam yang bercadang tidak mengundi kerajaan dalam pilihanraya perlu berfikir semasaknya  sebelum mengambil keputusan untuk menyokong pihak pembangkang kerana sudah pastinya masa depan yang gelap berada dihadapan untuk mereka harungi.

DAP dalam menutup kelemahan yang dilakukan  terus berpandangan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Selangor telah menjaga kebajikan penjawat awam lebih baik dariada kerajaan pusat yang ditadbir Barisan Nasional dan ianya dinilai dengan hanya dengan pemberian bonus sahaja dan tidak mencakupi hal hal kebajikan yang lain.

Untuk makluman semua, cadangan pengurangan penjawat awan ini adalah projek khas DAP yang mana akan menyerapkan lebih banyak kaum lain dalam perkhidmatan awam  sebagai penyandang jawatan tertinggi dan  mengawal segalanya.

Kepada penjawat awam, harus diingatkan sekali lagi jika Pakatan memenangi PRU14 akan datang, maka bersedialah untuk melalui titik hitam  kehidupan dan melihat betapa zalimnya DAP ketika itu dan sejarah Pulau Pinang dan Selangor adalah teladan terbaik untuk menilai siapakah DAP yang sebenarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana