Pakatan Harapan lebih kepada ‘pakatan wayang’ tipu rakyat

Gabungan parti pembangkang yang membentuk ‘pakatan harapan’ sebenarnya satu entiti yang tidak wujud, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata, apa yang wujud hanyalah pakatan di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat parti pembangkang (DAP, PKR, PAN dan PPBM).

“Bagaimanapun, beberapa pemimpin pembangkang adalah Ahli Parlimen tetapi Dr Mahathir bukan Ahli Parlimen.

“Pembangkang sekarang adalah orang sama yang mahu menjatuhkan Dr Mahathir ketika beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

“Sekarang pembangkang mengatakan mereka mahu Dr Mahathir kembali berkuasa. Adakah mereka fikir orang akan percaya mereka bukan teman tidur yang asing?” katanya menerusi laman blognya, hari ini.

Salleh berkata, persepsi umum yang wujud hari ini ialah Dr Mahathir mahu menggunakan pembangkang untuk meletakkan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir kembali ke landasan politik sementara pembangkang diketuai DAP mahu Dr Mahathir memberikan undi Melayu.

Malah katanya, Mukhriz mengakui adalah sesuatu yang biasa jika bercita-cita hendak menjadi Perdana Menteri.

“Maka, tidak ada ‘pakatan harapan’ sebenarnya. Ia lebih kepada ‘pakatan wayang’ untuk menipu rakyat mengenai niat sebenar mereka,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana