Nilai RM Kukuh Bukan Kerana PRU Makin Dekat

TEGUH…. Ini sudah biasa… Jangan hairan jika dengar ada pihak yang ‘ tidak sedap badan’ melihat pengukuhan nilai mata wang ringgit di pasaran antarabangsa kebelakangan ini.
Apa tidaknya, perkembangan yang amat baik untuk ekonomi negara ini sudah tentu akan mengurangkan modal mereka untuk terus memperlekehkan kerajaan menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Maka ada yang sebar cerita jahat kononnya pihak kerajaan ada ‘main belakang’ untuk sengaja cuba menaikkan nilai ringgit demi mewujudkan sentimen ‘feel good’ dalam kalangan rakyat marhaen.

Betulkah begitu? Orang yang faham tentang senario ekonomi semasa tentu tidak akan terpengaruh langsung dengan kelentong karut pihak pembangkang itu setelah tiada lagi isu untuk dimainkan.

Ringgit berakhir dengan lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). Sehingga jam 6 petang Jumaat, ia diniagakan pada 3.9700/9730 berbanding 3.9950/9000 minggu sebelumnya.

Untuk mematikan cakap politik tidak berpijak di bumi nyata itu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani bagi jawapan mudah saja ketika ditanya wartawan dalam satu majlis di ibu kota semalam.

“Jika pilihan raya mampu membawa pengukuhan dan mempunyai hubungan dengan mata wang, sudah pasti saya mahu pilihan raya diadakan pada setiap tahun,” katanya.

Kata Johari, pengukuhan nilai ringgit yang berlaku pada ketika ini bukan disebabkan campur tangan kerajaan dan demam PRU ke-14 seperti yang diperkatakan oleh sesetengah pihak.

Menurut beliau, kerajaan langsung tidak pernah campur tangan dalam penentuan nilai ringgit, sebaliknya ia berlaku melalui trend penawaran dan permintaan global.

Secara mudah, jika ada banyak penawaran dan eksport, ia akan membawa masuk banyak ASD ke dalam negara dan pastinya akan ada permintaan kepada ringgit.

“Pengukuhan ringgit berlaku kerana ada eksport yang kuat, pelaburan langsung asing (FDI) kukuh, harga minyak kembali stabil serta perkara positif dalam ekonomi berlaku.

“Ini kerana kepercayaan pelabur melihat kepada peningkatan ekonomi dan persekitaran politik yang stabil,” kata Johari. Dalam pada itu ringgit dijangka terus meningkat berbanding dolar AS.

Ia berikutan prospek ekonomi negara yang positif. Beliau mengulas unjuran ahli ekonomi bahawa unit tempatan akan bergerak kepada nilai saksama antara 3.50 dan 3.70 berbanding dolar AS.

“Saya fikir terdapat banyak lagi ruang untuk penambahbaikan. Kita ada eksport dan FDI yang kukuh, dengan harga minyak bertambah baik, serta pasaran modal kita. Semua prospek positif ini beri manfaat kepada kita dari segi ekonomi dan juga mata wang,” katanya.

Johari berkata trend semasa ringgit mencerminkan prospek ekonomi Malaysia yang positif dan ia boleh terus meningkat, selain membayangkan ahli ekonomi mungkin silap, walaupun meletakkan had kepada pengukuhannya.

“Tiada siapa yang dapat (dengan tepat) menjangka prestasi mata wang. Bagaimanapun, apa yang perlu kita lihat adalah asas ekonomi negara ini. Prospek positif bagi 2018 tersedia bagi Malaysia.

“Kepada paras mana ringgit boleh terus meningkat, saya tidak boleh membuat spekulasi. Pasaran akan menentukannya. Ia boleh meningkat lagi.

“Negara perlu memastikan ia terus mempunyai persekitaran ekonomi dan ekosistem serta kestabilan politik yang baik, berikutan ini antara faktor yang dilihat pelabur,” katanya.

Johari juga berkata eksport akan terus kompetitif walaupun ringgit kukuh dan dasar semasa Bank Negara Malaysia ke atas unit tempatan mencukupi dan amat jelas. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana