MUHYIDDIN BUAT LUPA DAP NAK PECAT SEPARUH PENJAWAT AWAM

JAMINAN yang diberikan oleh Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengembalikan jawatan mana – mana penjawat awam yang hilang kerja, diturun pangkat atau dipindahkan hanya kerana mereka menyokong pembangkang sekiranya pembangkang berkuasa pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 14 yang akan datang jelas bertentangan dengan pendirian ketua Pakatan Harapan (PH), iaitu DAP.

Muhyiddin seolah – olah terlupa bahawa parti DAP sebelum ini pada 24 Oktober 2016, melalui ketua publisitinya, Tony Pua mengatakan mahu memecat separuh daripada jumlah penjawat awam sekiranya mereka berkuasa kelak.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara itu menyarankan agar kerajaan membenarkan sebahagian penjawat awam terus dibayar gaji, tetapi mereka tidak perlu bekerja bagi mengurangkan masalah lambakan penjawat awam.

Malah, Tony Pua juga dilaporkan menyifatkan jumlah penjawat awam di Malaysia adalah terlebih berbanding negara lain dalam satu forum berbahasa Mandarin bertajuk ‘Menganalisis Bajet 2017” di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur.

Apa yang menjadi persoalan adalah, sekiranya penjawat awam yang sedia ada diminta untuk tidak bekerja, maka golongan mana yang akan diangkat oleh gabungan pembangkang ini untuk menjadi penjawat awam dalm kerajaan (banyangan) mereka nanti?

Malah, DAP juga beranggapan bahawa seramai 1.6 juta kakitanga awam sebagai membebankan, sekaligus menjadikan peruntukan RM76 billion setiap tahun bagi gaji dan elaun kakitangan awam sebagai membebankan.

Tambahan lagi, Penang Institute yang dibiayai oleh kerajaan DAP Pulau Pinang dikatakan pernah mencadangkan agar penjawat awam dibuang sejumlah 1.2 juta orang.

Pada 22 Oktober 2016, ketika menganalisis “Bajet 2017”, Penang Institute menyatakan terlalu banyak wang diperuntukkan untuk perkhidmatan awam.

“Menggunakan nisbah KDNK kepada penjawat awam seperti di Jerman, ini bermakna Malaysia, yang mempunyai KDNK AS$375 bilion, hanya perlukan 430,000 penjawat awam,” kata Penang Institute.

Justeru, sekiranya Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan pada PRU akan datang, dan hanya mahu mengekalkan 430,000 orang kakitangan awam sahaja, maka sejumlah 1.2 juta orang selebihnya akan kehilangan pekerjaan masing – masing.

Oleh demikian, sekiranya benar jaminan yang dibuat oleh Muhyiddin yang mahu mengambil semula penjawat – penjawat awam ini, maka beliau perlu berhadapan dengan ketua PH, iaitu DAP yang secara terang mahu membuang golongan ini. Beranikah Muhyiddin menyempurnakan jaminannya?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana