Menteri Luar nilai pertemuan Pakatan dengan Duta EU politik sempit yang jejas negara....Madey Makin Terdesak Halal Bagi Nya

Sebagai Menteri Luar…Datuk Seri Anifah Aman tentu sedia maklum bagaimana Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu menjadi Perdana Menteri dulu merupakan seorang yang amat kritis terhadap negara-negara Barat.

Namun kini bila masuk kem pembangkang ia menjadi satu lagi pusingan dalam siri U-turn beliau.

Anifah sebagai orang yang bertanggongjawab kendali diplomasi untuk negara juga ada sebab merasa sangat kecewa melihat gelagat terdesak pimpinan Pakatan Harapan diketuai Dr Mahathir adakan pertemuan dengan 16 duta besar Kesatuan Eropah (EU) di Kuala Lumpur pada Rabu lalu.

Apa tidaknya pertemuan itu diadakan ketika negara sedang berusaha mempertahankan industri kelapa sawit negara yang boleh memberikan kesan langsung terhadap ratusan ribu pekebun kecil yang bergantung kepada industri ini untuk kehidupan harian mereka.

Ini ekoran tindakan diskriminasi Kesatuan Eropah (EU) mahu melaksanakan sekatan terhadap produk minyak sawit dari negara Asia.

Anifah menilai pertemuan itu jelas menjejaskan usaha kerajaan dalam dalam hal itu.

Beliau menyatakan demikian dalam satu kenyataan Ahad.

"Dalam pertemuan itu, PH membangkitkan isu-isu berhubung pentadbiran negara serta meminta campur tangan negara asing dalam negara kita dalam masa negara diiktiraf dan disanjung di persada dunia serta momentum pertumbuhan ekonomi sedang kukuh.

"Politik PH yang mengundang penglibatan luar mempamerkan niat sebenar mereka (pembangkang) yang membelakangkan kedaulatan negara dan kesejahteraan rakyat," katanya.

Sebagai sebuah negara demokratik dan bebas, Anifah berkata Malaysia tidak menghalang Duta-Duta Besar asing mengamalkan amalan diplomatik antarabangsa, selari dengan norma-norma dan nilai-nilai yang termaktub dalam Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961.

"Kita difahamkan bukanlah menjadi hasrat Duta-Duta Besar EU untuk mendengar tuduhan-tuduhan negatif Pakatan Harapan terhadap Kerajaan, namun tindakan PH yang berusaha melibatkan kuasa asing, adalah satu tindakan yang amat tidak patriotik dan meremehkan maruah negara bangsa kita," katanya.

Beliau berkata ini merupakan satu lagi helah dan hipokrasi yang menjadi teras politik Dr Mahathir yang nyata telah membelakangkan kepentingan negara dan rakyat demi untuk meraih kuasa.

Menurut Anifah, ketika menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir merupakan seorang yang amat kritis terhadap negara-negara Barat.

Dalam pada itu, Anifah menegaskan kerajaan tidak akan teragak-agak dalam membela hak rakyat dan kedaulatan serta maruah negara untuk mengambil tindakan tegas yang sewajarnya ke atas mana-mana pihak asing yang melanggar norma-norma dan nilai-nilai yang termaktub dalam konvensyen tersebut.

Katanya, tindakan sengaja meremehkan strategi Kerajaan haruslah menjadi satu kejutan akan siapa sebenarnya yang menjulang dan mempertahankan hak serta martabat dan kedaulatan negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana