MASYARAKAT MELAYU JOHOR ANTI DAP, AMANAH DAN PPBM: KAJIAN KETUA EKSEKUTIF IDEAS

Agak mengejutkan bila membaca hasil kajian terbaru Wan Saiful Wan Jan selaku Ketua Eksekutif IDEAS merangkap Felo Pelawat Kanan ISEAS – Yusof Ishak Institute, Singapore, bertajuk “Parti Pribumi Bersatu Malaysia In Johor: New Party, Big Responsibility”.

Antara dapatan utama hasil kajian setebal 49 muka Wan Saiful yang baru sahaja diterbitkan di dalam siri penerbitan ISEAS – Yusof Ishak Institute, Singapore, bertajuk Trends in Southeast Asia (2018: No. 2) ini adalah membabitkan penolakan masyarakat Melayu Johor terhadap DAP, iaitu:
(1) 62% daripada masyarakat Melayu Johor berpendapat Pakatan Harapan adalah dikuasai oleh DAP.
(2) 71% daripada masyarakat Melayu Johor berpendapat DAP adalah anti Melayu dan anti Islam.

Lebih memberikan tamparan kepada DAP, sebuah parti sekular, adalah dapatan hasil kajian ini mengenai penolakan masyarakat Melayu Johor terhadap pendekatan sekular dalam politik, iaitu:
(1) 90% daripada masyarakat Melayu Johor berpendapat peningkatan keagamaan adalah bagus.
(2) 84% daripada masyarakat Melayu Johor berpendapat lebih ramai orang Islam perlu berada di dalam kerajaan.
(3) 81% daripada masyarakat Melayu Johor berpendapat agama seseorang calon (pilihan raya) adalah penting.

Lebih jauh daripada itu adalah dapatan hasil kajian ini yang mendapati bahawa masyarakat Melayu Johor bukan sahaja sangat tidak menyenangi DAP, malah AMANAH dan PPBM juga, iaitu:
(1) 85% daripada masyarakat Melayu Johor tidak menyenangi DAP.
(2) 69% daripada masyarakat Melayu Johor tidak menyenangi AMANAH.
(3) 60% daripada masyarakat Melayu Johor tidak menyenangi PPBM

Lebih menarik ialah kesimpulan hasil kajian ini, iaitu bahawa:
(1) Para pemimpin PPBM berpendapat bahawa kelangsungan jangka panjang PPBM bergantung kepada kemampuan PPBM untuk memenangi sekurang-kurangnya sebuah negeri, khususnya Johor.
(2) Pengundi sasaran utama PPBM, iaitu masyarakat Melayu Johor, bagaimanapun belum lagi menyertai mereka (“not yet jumping onto their bandwagon”), kerana kebimbangan utama mereka mengenai DAP, dan ketakutan ini tergambar di dalam maklum-balas perlahan terhadap gerakan menambah keahlian PPBM (mengikut data yang diberikan oleh Setiausaha PPBM Johor, Osman Sapian, kepada Wan Saiful, setakat 8 Julai 2017, PPBM Johor mempunyai kira-kira 7,000 ahli yang telah disahkan).

Paling menarik adalah kesimpulan hasil kajian ini bahawa penentu terpenting adalah di dalam agihan kerusi antara parti-parti dalam Pakatan Harapan kerana, kata Wan Saiful, jika PPBM hanya mendapat kerusi-kerusi majoriti tinggi Melayu (“the high-Malay seats”) dan kurang kerusi-kerusi campuran (“the mixed seats”), maka sangat tidak mungkin untuk PPBM mencapai matlamat mereka untuk menguasai Johor (“it will be highly unlikely they will achieve their ambition of capturing the state”). Ini kerana, kata beliau, tidak mudah untuk memikirkan satu senario di mana undi Melayu akan berayun begitu besar (“it is not easy to imagine a scenario where the Malay votes would swing to a significant enough extent”).

Sementara agihan kerusi Dewan Undangan Negeri antara parti-parti dalam Pakatan Harapan masih belum dimuktamadkan, berdasarkan kepada agihan kerusi Parlimen yang diumumkan di dalam Konvensyen Pakatan Harapan baru-baru ini yang menyaksikan PPBM hanya diberikan 10 kerusi berbanding 8 PKR, 5 DAP dan 2 AMANAH, maka jelaslah bahawa matlamat PPBM untuk menguasai Johor kelihatan seperti sudah terkubur. Ini kerana, seperti didedahkan oleh Pengerusi PPBM Johor, Datuk Dr Shahruddin Salleh, dan Setiausaha PPBM Johor, Osman Sapian, kepada Wan Saiful, strategi PPBM Johor adalah untuk bertanding antara 20 ke 22 kerusi daripada keseluruhan 26 kerusi Parlimen yang ada di Johor (bagi membolehkan PPBM turut menguasai kerusi-kerusi campuran).

Bila PPBM hanya diberikan 10 kerusi majoriti tinggi Melayu sahaja, bukannya antara 20 ke 22 kerusi seperti yang dirancang oleh PPBM Johor, di peringkat Parlimen maka agak sukar dibayangkan PPBM akan diberikan kerusi-kerusi campuran di peringkat Dewan Undangan Negeri. Berdasarkan kepada logik Wan Saiful, bila PPBM tidak diberikan kerusi-kerusi campuran, maka sudah tentulah matlamat PPBM untuk menguasai Johor kelihatan seperti sudah terkubur.

Bagi saya, hasil kajian Wan Saiful ini menjadi bukti nyata betapa PPBM membuat satu kesilapan yang besar bila ia memilih untuk bersekongkol dengan DAP.

Tahniah kepada UMNO yang, mengikut hasil kajian Wan Saiful ini, masih lagi disukai oleh 67% daripada masyarakat Melayu Johor dan kepada PAS yang mendekati UMNO dengan 48% sokongan daripada masyarakat Melayu Johor.

Tidak lupa juga, takziah kepada PPBM Johor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana