‘MANA BOLEH LUPA KESALAHAN DR MAHATHIR’

Ak­tivis propembangkang, Hi­s­ha­­muddin Rais (gambar) menyokong sepenuhnya pe­lantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri sementara tetapi tidak akan sekali-kali melupakan salah laku bekas Perdana Menteri itu.

Katanya, ini termasuk penahanannya di bawah Akta Kesela­matan Dalam Negeri (ISA) dan bagaimana Dr. Mahathir menafikan hak pemimpin-pemimpin Melayu untuk memerintah negara.

“Pakatan Harapan memerlukan seorang ikon yang boleh meraih undi rakyat tetapi adakah ini bermakna saya sudah melupakan saat saya ditahan ISA satu ketika dahulu? Tidak, saya cuma ketepikannya kerana mempunyai misi yang lebih penting.

“Cuma yang paling saya terkilan sekali adalah jenayah Dr. Mahathir. Jenayah beliau bukannya rasuah dan Proton tetapi tindakannya menafikan pemimpin-pemimpin Melayu seperti Tun Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, ini sama seperti ketika pejuang Melayu Dr. Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) dinafikan oleh penjajah British satu masa dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Forum ‘Adakah Mahathir Solusi untuk Malaysia yang Lebih Baik?’ di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Strategi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Dr. Rais Hussin Mohamed Ariff berpendapat sejarah pemerintahan Dr. Mahathir tidak akan dilupakan dan perlu digunakan oleh rakyat sebagai sebuah mesej untuk membentuk negara pada masa hadapan.

Bagi bekas Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar menganggap negara tidak boleh diubah dengan melupakan masa silam begitu sahaja.

“Politik paling bahaya dalam masa akan datang adalah politik melupakan. Sedarlah bahawa negara telah rosak beberapa dekad lalu, bukannya berlaku pada zaman Datuk Seri Najib Tun Razak, ini kerana kita terlalu berlembut dengan kleptokrasi Dr. Mahathir.

“Kita tidak boleh mengubah dengan melupakan masa silam. Maaf Dr. Mahathir bukan maaf hari raya, boleh cium tangan dan bercucuranlah dosanya, tidak, ini dosa kepada bangsa dan negara.

Jadi, baik Dr. Mahathir ke, Lim Kit Siang ke, Mohamad Sabu ke, mereka bukan penyelesaian untuk mengubah negara,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana