Malaysia tidak mahu kembali ke era ‘diplomasi konfrantasi’ dengan Singapura – PM

Malaysia tidak mahu kembali ke era ‘ diplomasi konfrantasi’ dengan Singapura kerana yakin banyak yang dapat dilakukan untuk faedah rakyat kedua negara dalam suasana hubungan yang baik.

Perdana Menteri menyatakan demikian dalam sidang akhbar bersama Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong di Singapura Selasa.Beliau berada di Singapura untuk menghadiri pemukiman pimpinan dua negara selama dua hari sejak semalam.

Sekalipun tidak menyebut secara spesifik beliau dipercayai merujuk kepada hubungan panas-dingin antara kedua negara semasa zaman pentabiran Tun Dr Mahathir Mohamad yang antara lain melibatkan kontroversi cadangan bina jambatan bengkok ganti Tambak Johor.

“Ia satu era yang hendak kita lupakan..kita tidak mahu kembali ke era itu.Kita percaya pendirian kerajaan Malaysia-Singapura sekarang dapat membawa faedah. ”kata Najib.

Sidang akhbar itu diadakan selepas rundingan kedua pemimpin serta menyaksikan majlis tandatangan perjanjian projek Rapid Transit System (RTS) Link, antara Johor Bahru dan Singapura.

Projek MRT  sejauh 4 kilometer antara Bukit Chagar Johor Bharu ke Woodlands,Singapura yang akan beroperasi pada 2024 mampu mengangkut sehingga 10,000 penumpang sejam bagi setiap arah dan singkatkan perjalanan rentas sempadan ke 30 minit banding sejam sekarang.

Semalam Isnin kedua pemimpin merasmikan projek Marina One dan DUO, yakni projek oleh M+S Pte Ltd bernilai kira-kira RM33 billion.Ia hasil perjanjian daripada pertukaran tanah antara Singapura dan Malaysia pada 2010.

Selain itu Singapura terlibat dalam beberapa projek di Iskandar Malaysia dekat Johor Bharu.

Najib berkata Malaysia percaya kepada hubungan baik dengan Singapura kerana ia terbukti telah membawa banyak manafaat jika kerjasama erat.

Katanya kerajaan kedua negara berpegang kepada pendirian ini.

Merujuk kepada pilihanraya umum ke 14 yang akan diadakan tidak lama lagi,Perdana Menteri kata beliau tidak tahu apa pendirian ‘ pihak sebelah sana’.

Katanya kerajaan juga tidak dapat menentukan apa yang hendak diputuskan oleh para pengundi.

Namun katanya kerajaan sekarang dapat menawarkan agenda untuk diputuskan oleh rakyat.

“Kita hidup dalam demokrasi…rakyat akan buat keputusan.Kami percaya mereka akan putuskan berasaskan agenda yang bermakna.Kita percaya pada hubungan baik dengan jira kita Singapura.Kita telah buktikan dapat membawa faedah untuk rakyat jika dapat berkerjasma dengan erat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana