Mahfuz Tuduh Presiden PAS Mahu Jual Undi

“PAS rupa-rupanya sekadar berhasrat menjadi ‘oportunis politik’, maka PAS dan Gagasan Sejahtera tidaklah layak dipanggil alternatif atau ‘third force’ untuk rakyat,” kata Datuk Mahfuz Omar.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ujarnya menyatakan PAS hanya menyasarkan 40 kerusi untuk menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 yang akan dijadikan alat ‘tawar menawar’ dengan mana-mana koalisi politik.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena membayangkan kenyataan Presiden PAS itu merupakan pengakuan PAS bakal ‘menjual undi’ yang dimenanginya dalam PRU14.

“PAS kini mengakui secara terbuka tidak berhasrat menang dan membentuk kerajaan berteraskan Islam sebagaimana digembar-gemburkan ‘penyokong taksub PAS’ di media sosial mahupun di kedai kop,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mahfuz berkata, beliau percaya PAS bagaimanapun tidak akan berunding dan menyokong Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan baru selepas PRU14 kerana parti itu pasti tidak bersedia untuk ‘menjilat’ ludah sendiri.

Kata beliau, PAS telah memutuskan hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang dianggap menentang agenda Islam PAS, menolak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang di anggap penyangak dan Parti Amanah Negara (PAN) pula pengkhianat.

“Walaupun saya telah meninggalkan parti tetapi saya tetap sayangkan ahli PAS. Saya tak sanggup melihat mereka terus diperdaya dan akhirnya undi mereka dijual. Jangan jual mereka Tok Guru,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana