Mahfuz Omar Tidak Perlu Berlakon ‘Bajet Baik’

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar tak perlu ‘bajet baik’ seolah-olah tidak pernah menggunakan bahasa kasar dalam berpolitik selama ini.
Penganalisis politik, Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, bekas Ketua Penerangan PAS Pusat itu selama ini gemar menggunakan bahasa kasar sama ada secara lisan mahupun dalam kenyataan bertulis.

“Selain daripada itu banyak insiden keterbabasan dari segi fakta yang tidak sesuai dengan imejnya dalam sebuah parti politik Islam.

“Membaca kenyataan beliau sejak kebelakangan ini nampak semacam sedang berusaha kuat memprojeksikan diri sebagai seorang pemimpin yang baik.

“(Konon) tidak menggunakan bahasa yang kasar ke atas lawan-lawan politik beliau,” kata Kamarul Zaman dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru ujarnya, Mahfuz sememangnya tidak patut terasa hati apabila pemimpin PAS mengatakan beliau ibarat “orang yang sudah lama mati cuma baru nak tanam” atau “harumanis bila sudah busuk dia jatuh sendiri”.

Ini kerana ayat sindiran seperti itu sangat sesuai dengan watak keperibadiannya selama ini.

Malah, katanya, Mahfuz tidak perlu berpura-pura kononnya beliau enggan memberi respons kepada bahasa kasar itu kerana beliau ahli politik yang matang walhal ia bertepatan dengan keperibadian dan perilaku sebenar beliau.

Beliau memberi contoh Mahfuz tanpa hujah yang berilmiah pernah mendakwa Kabinet Malaysia sebagai kabinet yang hanya layak menjaga tandas awam serta menuduh PAS parti politik “makan keliling” dan “tak tentu hala”.

Selain itu, katanya, Mahfuz sebenarnya tidak mempunyai fikrah perjuangan yang jelas kerana pernah menyokong surat terbuka Kumpulan G25 yang mempersoalkan undang-undang jenayah syariah di Malaysia.

“Tahap dan fikrah perjuangan Mahfuz terkini seperti tercatat dalam page beliau pada 10 Januari lalu hanyalah: “KEDAH TEMPAH SEJARAH ALMARHUM SULTAN ABDUL HALIM 2 KALI MENJADI YANG DIPERTUAN AGONG DAN TUN MAHATHIR AKAN BAKAL 2 KALI MENJADI PERDANA MENTERI. Syabas dan tahniah orang Kedah. Saya bangga jadi anak Kedah kerana UMNO bakal dihumban oleh gabungan bekas presiden dan 2 timbalan presiden UMNO bersama rakan2 pembangkang yang lain,” katanya. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana