MADEY AKAN GAGALKAN RANCANGAN...KITA TUNGGU DAN LIHAT SAJA NANTI

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad diramal akan menggagalkan ranca­ngan Pakatan Harapan yang dike­tuai DAP untuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekiranya pembangkang berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, parti-parti pembangkang dalam Pakatan Harapan boleh menilai bagaimana bekas Perdana Menteri itu boleh menyisihkan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin demi menjayakan agenda peribadinya.

“Pakatan Harapan sepatutnya sedar bahawa Dr. Mahathir tidak akan menjayakan rancangan mereka kerana beliau mempunyai agenda peribadi berkaitan anak dan keluarganya sahaja. Dr. Mahathir hanya mahu memuaskan hatinya yang diselubungi perasaan marah.

“Masalah dalam Pakatan Harapan adalah mereka tidak mempunyai calon Perdana Menteri sementara kerana Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR) ialah perempuan manakala Lim Kit Siang (Penasihat DAP) pula Cina,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Siri Jelajah Internship Mahasiswa Anak Negeri (IMAN) 2.0 Program Turun Padang di sini, hari ini.

Ahmad Bashah berkata, Pakatan Harapan sepatutnya sedar bahawa mereka hanya dipergunakan Dr. Mahathir semata-mata mahu menjayakan agenda peri­badi iaitu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membolehkan anak­nya, Datuk Seri Mukhriz menjawat jawatan tersebut.

“Di mana (kedudukan) Muh­yid­din sekarang ini? Pada hal, beliau yang merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri pun disisihkan kerana agenda peri­badi Dr. Mahathir. Oleh itu, pe­ngundi perlu bijak menilai agenda Dr. Mahathir, bukan untuk rakyat atau memajukan negara.

“Malah jika dilihat dari segi kemampuan dan umur juga, Dr. Mahathir sudah tidak berdaya untuk menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat apatah lagi untuk menjadi Perdana Menteri buat kali kedua ketika Malaysia sedang menuju menjadi negara maju dan lebih dinamik,” ujarnya.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata, rakyat perlu sedar bahawa banyak agenda peribadi Dr. Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun mulai terdedah justeru, mereka perlu menolak pemimpin kitar semula.

“Kita sudah tahu sejarah beliau ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Satu persatu agenda peribadinya mula terbongkar. Rakyat perlu bijak membuat penilaian,” katanya.

Utusan

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana