Lebih baik Dr.Mahathir masuk pondok daripada berpolitik

Tun Dr Mahathir Mohamad disaran supaya menghabiskan sisa kehidupan dengan memperbanyakkan taubat kepada Allah SWT daripada kembali ke pentas politik semata-mata untuk mencari kuasa.

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), Dr Zamihan Mat Zin al-Ghari, berkata pemimpin yang sudah bersara tidak perlu lagi kembali untuk memperbetulkan kesilapan yang pernah dilakukannya.

Meskipun tidak menyebut nama secara jelas, namun teguran itu secara terbuka dilontarkan kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang ingin kembali menjadi Perdana Menteri.

“Orang tua yang sudah berkuasa lebih 22 tahun elok masuk pondok, bertaubat, zikir dan belajar kitab. Mohon maaf sesama manusia atas kesilapan lalu, buat amal jariah yang banyak untuk akhirat.

“Tak payah fikir politiklah kalau sudah dekat tua bangka dah nak mati ini…,” katanya ketika program Sembang Watan Online yang disiarkan secara langsung di FB Watan Live.

Sebelum ini Mahathir yang sudah berusia 92 tahun diangkat sebagai calon Perdana Menteri PH bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Sementara itu mengulas mengenai perjuangan politik DAP yang anti Islam, Zamihan mengingatkan umat Islam supaya tidak bersekongkol dengan mana-mana parti menentang Islam.

Katanya, Rang Undang-Undang untuk memartabatkan Mahkamah Syariah (RUU355) di negara ini ditentang habis-habisan oleh parti Cauvinis itu.

“Gagasan perjuangan DAP jelas bertentang dengan Islam dan menolak hukum-hakam Islam.

“Jika jelas DAP itu anti Islam, maka haram bagi umat Islam bukan saja haram, tapi ‘haram jadah’,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana